Featured Posts


::..WANITA ACUAN AL-QURAN..::



WANITA ACUAN AL-QURAN,,
Ialah Seorang WANITA Yang BerIMAN..
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu..

WANITA ACUAN AL-QURAN,,
Ialah WANITA Yang Menjaga TUTUR KATAnya..
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung,,
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh,,

WANITA ACUAN AL-QURAN,,
Ialah WANITA Yang MengHORMATI IBU BAPAnya..
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,,
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga,,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam,,
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta,,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan,,
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat..

WANITA ACUAN AL-QURAN,,
Ialah WANITA Yang Sentiasa Bersedia Untuk AGAMAnya..
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,,
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah,,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya..

WANITA ACUAN AL-QURAN,,
Ialah WANITA Yang Tidak Pernah Membazirkan MASA..
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,,
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,,
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan..

WANITA ACUAN AL-QURAN,,
Ialah WANITA Yang Sentiasa Mengingati MATI..
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga,,
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian..

WANITA ACUAN AL-QURAN,,
Ialah wanita Yang Tidak Mudah TERPESONA..
Dengan Buaian Dunia,,
Kerana Dia Mengimpikan Syurga,,
Di Situlah Rumah Impiannya,,
Bersama LELAKI ACUAN AL-QURAN ganjaran ALLAH SWT..

WALLAHUA'LAM.."-)

0 comments:

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP