Featured Posts


Renungan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Jom kita muhasabah :



wallahuallam

BoNda...

"Walaupun diri ini bukanlah yang pertama lahir dr rahim mu...
tp engkaulah yg pertama dan terakhir dlm hidupku wahai ibuku..
Walau diriku ini bukanlah anak yang terbaik dikalangan anak-anakmu...
namun, akan ku cuba yg terbaik sepanjang hidupku...
Walau kadangkala diri ini terlalu sibuk dengan urusan peribadiku,
tetapi tdk pnh sekali diri ini melupakan dirimu walau sesaat wahai bondaku yg tercinta...."
RINDU PADAMU...



Dari Hati ke Hati


Dengan Nama AALAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Apa Itu Amanah Saham Aurat Wanita (ASAW)
Kenapa tiba-tiba mengarut pasal Amanah Saham Aurat Wanita pula ? Kerana Aurat Wanita Adalah Amanah. Anda kutip hasil pelaburannya di akhirat. Tidak perlu memasukkan duit secara bulanan untuk melabur, cukup dengan memelihara aurat di dalam berpakaian dan mengelakkan nilai saham daripada jatuh menjunam. Bila jatuh menjunam maknanya harga diri menjadi murahan dan kurang bernilai pada pandangan masyarakat. Ini tidak termasuk tanggungan dosa.

Contoh:
Seorang wanita Melayu sengaja pakai baju sendat, dedah sane ,dedah sini. Kemudian rasa bangga bila orang lain tengok. Secara falsafahnya, adakah dia wanita MAHAL atau MURAHAN ?

 

Wallahua'llam
kredit to my fren cik Ema...copy&paste dr beliau...



Dengan Nama ALLAH Ynag Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...ASSALAMUALAIKUM WBT...


Hari terus berlalu... Detik terus berjalan...Tak kusangka, esok genap seminggu berlalu kulangkah ke pertambahan umurku... tidak mengapa jika kamu tidak tahu. bagaimanapun, kubersyukur padaNya atas kesedaran bahawa umurku kian meningkat dan usiaku semakin singkat.
Jika kuimbas kembali masa laluku, sungguh aku menyesal dengan masa laluku... Kuharap penyesalan ini tidak terlambat, sebelum hari 'esok', kerana setiap manusia akan mati walaupun berapa umurnya dan akan ditanya bagaimanakah masa yang diberikan dihabiskan.

Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau...

Wahai yang Tetap Hidup Yang Kekal memerintah selama-lamanya... dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, perbaikilah urusanku kesemuanya, dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata. Sungguh aku hambaMu yang penuh dosa dan noda dan aku bertaubat pada-Mu atas segala dosa yang aku lakukan... Allahurabbi...Semoga taubatku ini diterima..amin...

Buat semua sahabat2 yang dikasihi kerana Allah, Saya yakin, saya tidak lepas dari melakukan dosa sesama manusia. Saya mohon maaf atas segala kekhilafan dan dosa yang pernah atau sedang saya lakukan terhadap kalian.samaada sedar mahupun tidak. Sesungguhnya saya hanyalah hamba-Nya yang hina dan penuh dosa...
Jika ada sebarang hutang atau perkara yang belum selesai, samaada dalam makluman saya ataupun tidak, sila hubungi saya.. Saya serius. Terima kasih semua.. Moga Allah memberkati kalian.. Sungguh, saya mahu berubah kepada yang lebih baik! Mohon sokongan kalian.

Tegur saya jika saya tersilap. Maafkan saya jika saya salah. Mohon doa semuanya. Moga hari ini lebih baik daripada hari esok buat kita semua...wallahua’llam...

 8 april 2012

"What is destined, will reach you, even if it be underneath two mountains. What is not destined, will not reach you, even if it be between your two lips!"

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP