Featured Posts


Buat yang DIRINDUI

In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful.Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Allah Muhammad saw, kaum kerabat baginda, tabi' tabi'in, para salafussoleh serta orang-orang yang beriman.
Terasa sunyi dihati...terasa rindu dikalbu...pada abah dan mak dikampung.Sabarlah hati kerana perjuanganku sebagai mahasiswi tahun akhir masih bersisa dan perlukan pegorbananmu...

ibu ayah...
ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ibu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ibu ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati...

BicaraHati
Salam IMTIHAN buat sahabat-sahabat yang bakal menempuh peperiksaan!
Ada orang 'study' sedikit,tapi dapat banyak=ANUGERAH
ada org 'study' banyak,tapi dapat sedikit=UJIAN

~ILMU akan melekat pada HATI yg bersih~
~waktu exam gini,study lah kuat mana pun,kewajipan FARDHU AIN jgn tinggal.
~SOLAT jangan dilengah-lengahkan
~Jgn pula,dalam mencari keBERKATan belajar,kita membuat perkara yg DIA murka
Timbul pula persoalan, kenapa ada org TAK SOLAT,tapi dia CEMERLANG dlm akademik?
Jawapannya: ISTIDRAJ (nikmat kesenangan,kejayaan,kekayaan dan kemewahan diberikan oleh Allah kpd manusia yang mana tidak diredhaiNYA,untuk menyesatkannya lagi).

"Ya Allah,penuhilah dada kami dengan cahaya iman dan iman"
"Ya Allah, kurniakanlah kami ilmu pegetahuan yang berguna kepada kami"

Wallahua'llam.

Buat Adik-adikku

بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat Sejati - UNIC

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


Dugaan dalam bersahabat


SAHABAT merupakan seseorang yang amat hampir dalam menunjukkan perilaku kita. Seorang sahabat membawa pengaruh yang besar dalam pembentukan karakter, sikap, tata cara dan akidah keimanan seseorang. Ini jelas dapat dilihat dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Jika kita ingin mengenal peribadi seseorang maka lihatlah siapakah teman-teman disekelilingnya.”

Memang tidak dinafikan pa yang kita alami demi seorang sahabat kadangkala melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah. Persahabatan sering disajikan dengan pelbagai dugaan tetapi persahabatan dalam erti kata sebenar sudah pasti mampu mengatasi setiap dugaan yang mendatang, bahkan tumbuh dan berkembang kerananya.

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan satu proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, oleh itu kerana kasihnya pada sahabat, dia akan memberanikan diri menegur apa adanya dengan cara yang paling terhormat. Alangkah indahnya jika persahabatan di jalin dalam irama meningkatkan kualiti diri agar semakin dekat kepada Allah dan semakin cinta kepada Rasulullah SAW. Bukanlah dinamakan sahabat jika dia membiarkan kita dalam kesalahan. Bukan juga dinamakan sahabat jika dia berdendam di saat kita menegur dan mengingatkannya ketika silap. Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Siapa yang ingin bersabar, Allah memberikan kesabaran kepadanya. Dia tidak memberikan seseorang yang terbaik dan terluas daripada sabar."

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha, pemeliharaan dan kesetiaan tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi untuk mencari perhatian, pertolongan dan penyataan kasih dari orang lain, tetapi berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh seorang sahabat.
Kerinduannya adalah sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistik. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang mampu mendapatkannya. Ramai yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Memaafkan

Memaafkan adalah perkara yang mulia namun ia amat sukar untuk diberi dengan sepenuh hati...cuba kita fikirkan..jika kita mudah memaafkan insyaALLAH orang lain akan mudah memaafkan kita...namun jika kita sukar untuk memberi sebuah kemaafan fikirkan juga bagaimana jika ALLAH tidak mudah memberi kemaafan kepada kita disaat kita melakukan kesalahan...Nauzubillah...
Perlu juga diingatkan mungkin juga ada dikalangan sahabat2 kita yang pernah berkecil hati dengan kelakuan kita... namun disebabkan ingin meneruskan ukhwah yang telah terbina mereka sanggup berkorban untuk memaafkan kita...
Apabila direnung kembali kisah disaat penghijrahan nabi SAW bersama sahabat baginda Abu Bakar R.A, dimana saat Abu Bakar dipatuk ular dan Nabi SAW ketika itu tertidur dipangkuannya. Kerana cinta seorang sahabat, Abu Bakar tidak sedikit pun ada perasaan untuk mengejutkan Nabi dan terus menahan kesakitan akibat dipatuk sehingga menitis air mata Abu Bakar dipipi Nabi SAW.Mengapa Abu Bakar sanggup berbuat demikian? Kerana CINTA SEORANG SAHABAT yang tidak mahu melukakan perasaan sahabatnya sendiri.

Muhasabah diri

Adik-adikku...ujian Allah bertujuan menilai sejauh manakah tahap kesabaran manusia, sama ada mereka bersabar atau sebaliknya. Allah menjelaskan dalam al-Quran bahawa setiap manusia pasti diuji. Manusia pula perlu mengatur persediaan untuk menempuh ujian Allah, bencana atau musibah, agar tidak kehilangan punca, gelisah dan keluh kesah.

Malah, manusia perlu mempunyai daya kekuatan, kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Ini sebenarnya memperlihatkan kemampuan manusia bersabar ketika berdepan dengan masalah dan kesukaran hidup dan meyakini setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya.

Dalam hubungan ini, Allah berfirman bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita mengenai keadaan kamu." (Surah Muhammad: ayat 31)

Firman Allah lagi bermaksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)

Jelas, ujian Allah bertujuan mendidik manusia agar menghadapi hidup dengan takwa dan beriman kepada Allah. Dan semoga persahabtan yang dibina dengan sebuah kemanisan akan terus berbuah manis hingga ke akhir hayat. Janganlah kita terlalu mengikut kata hati kerana ia akan merosakkan diri dan perhubungan sesame kita.
Saling member maaf dan menerima kemaafan itu adalah suatu yang amat manis. Dan semoga kita sama-sama merasa kemanisan itu.

Salam Kasih Sayang Buat ADIK-ADIK...
Wallahua’llam


Bicara hati:“Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita.”

Teristimewa buat BONDA






Maafkan diri ini...
Aku manusia yang tak sempurna
yang selalu membuatmu terbeban olehku
namun kerinduan tetap membara
entah dengan apa ku lepas kerinduan dalam hatiku
entah dengan apa kuraih bayang-bayangmu
yang ku harap hanya pada waktu menunjukan jalannya
hanya Takdir penentu segala
hanya doa pada yang ESA ku panjatkan...
MAAFKAN AKU
Buat Bondaku...
 

wallahua'llam

Assalamualaikum wbt...sedikit perkongsian bekenaan TAHUN BARU ISLAM...jom kongsi...

PENGENALAN
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

NOTA HATI===teringat pesanan seorang ibu... JIKA BERAMAL HENDAKKAN FADILATNYA MAKA IA KAN BERKULAT...so renung-renungkan dan selamat beramal...
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."
semoga TAHUN INI lebih baik dari TAHUN SEBELUMNYA...
wallahua'llam...

Manisnya Senyuman Mu

Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang
Moga semua sentiasa dalam rahmatNYA....InsyaALLAH...
Post kali ini ingin berkongsi gambar mereka yang mempunyai senyuman paling MANIS
JOM tengok!!!

senyuman paling menawan hati

 senyuman yang paling manis...

amboi sukanya...hahahaha

 ni senyum ke menguap ek????

 "macho x saya?"

 alololo...comelnya senyum

 senyum tp malu-malu

 senyuman yang penuh bergaya

seyuman terpaksa

 senyuman encik kuda...

 senyuman dolphin

 senyum...x perlu kata apa-apa

 yang belakang tu jeles sebab x boleh senyum cam yang depan tu


sebelum berakhir ingatlah...
walau sebesar mana sekalipun ujian melanda...
walau ribut petir yang ditakdirkan
positifkan diri anda 
dan 
tersenyumlah kerana
setiap apa yang ditetapkan buat kita ada hikmah disebaliknya
masalah itu kecil, ALLAH ITU MAHA BESAR

Fakta:
  • setiap kali senyum kita akan menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerut dahi
  • memulakan hari dengan senyuman mampu menceriakan hidup serta memberi kebaikan untuk kesihatan
  • setiap kali kita senyum dan ketawa ia bersamaan dengan senaman joging dalaman yang dapat merangsang tubuh dan memberi manfaat berguna kepada sistem otak dan hormon
  • coretan nakal:senyum tu awet muda

akhir kalam
Orang yang mempunyai senyuman yang paling manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata"Innalillahi wainna ilaihi rajiuun"...Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini," sambil mengukir SENYUMAN.
wallahua'llam...

“Senyumlah kerana dirimu begitu berharga”

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...hari ini nak berkongsi ilmu tentang tokoh Islam yang amat disegani...ini juga adalah sebahagian dari hasil tugasan saya untuk Human Resource Management Islamic Approach...sama-samalah kita berkongsi ilmu dan muhasabah diri kita...

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang diabadikan. Inilah yang dapat digambarkan mengenai keperibadian As Syahid Imam Hassan Al-Banna.Dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Barriyyah, Iskandar, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yang serba sederhana.Hassan al Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaiki jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama kepada penduduk tempatan.Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmad Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah dan adakala disertai oleh Hassan al-Banna juga. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.Pada usia 12 tahun, Hassan al Banna telah menghafal separuh al-Quran manakala pada usia 14 tahun beliau telah menghafal seluruh al-Quran. Ayahnya sentiasa memotivasi beliau agar melengkapi hafalannya. Semenjak itu beliau membahagikan masanya dengan sebaik mungkin. Pada waktu siang beliau belajar di sekolah kemudian, belajar membuat dan memperbaiki jam dengan orang tuanya hingga waktu petang. Seterusnya pada waktu petang hingga waktu tidur digunakannya untuk mengulang pelajaran sekolah. Sementara membaca dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur'an dilakukan selesai solat Subuh.Sifat kepimpinan beliau juga terserlah apabila beliau menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin.Pada usia 16 tahun beliau telah menjadi mahasiswa di perguruan tinggi Darul Ulum di Kaherah. Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram al-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.Pada Mac 1928, jemaah Ikhwan Muslim ditubuhkan. Pada ketika itu beliau berusia 23 tahun dan baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah. Setelah berkhidmat selarna 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa. Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Menyedari kepentingan media yang memberi pengaruh terhadap masyarakat, maka beliau pun berusaha mengambil tindakan dengan membuat media-media al-ikhwaniyah; seperti majalah mingguan Al-Ikhwan Al-Muslimun pada era tahun 30 an, dan majalah setengah bulan dan harian Al-Ikhwan Al-Muslimun pada era tahun 40 an, majalah As-Syihab, majalah At-Ta’aruf dan majalah Kasykul al-jadid; untuk menjadi bahagian dari mimbar menyebarkan kebenaran dan saranan. Al-Ikhwan melakukannya melalui dua cara iaitu menghadirkan contoh yang baik dalam bermedia dan menghalang media-media yang menyebarkan kekejian, cabul, dan porno. Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir, dan pada 8 November 1948 Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga akibat dari suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.


TAMBAHAN ILMU:
10 PESANAN  IMAM HASSAN AL-BANNA.
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah mengerjakan solat  serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosongtiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orangmengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah(taaruf) dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itugunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


Wallahuallam

Pesanan Buat Hati

Assalamualaikum...

Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai. kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami. Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi

Renung-renungkan dan muhasabah diri...

Mutiara Bicara
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"
Imam Hasan Al-Basri

Waalahua'llam

 

Istikharah Cinta

Pujukan Buat Hati






Dengan Nama ALLAH Ynag Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
"Ada juga di antara manusia yang megambil selain Allah (untuk mejadi) sekutu-sekutu(Allah), mereka mencintainya,sebagaimana mereka (seharusnya) mencintai Allah,sedang orang-orang beriman itu amat besar cintanya kepada Allah........"(Al-Baqarah : 165)

Wahai Hati...

Andai engkau kecewa, ingatlah itu seharusnya membawamu untuk dekat denganNYA

Andai engkau bersedih, ingatlah bahawa yang diuji itu hanyalah hamba yang terpilih

Andai engkau gembira, ketahuilah jangan sampai kegembiraan itu menggiringmu ke dalam kebinasaan di neraka

Andai engkau mencemburui makhlukNYA, jangan sampai engkau cemburu hingga ALLAH cemburu padamu

Andai engkau menyayangi sesuatu, maklumilah bahawa segala yang ada di dunia ini fana

Akan pergi jua, maka persiapkanlah diri dan rohani, untuk menerima kehilangan bagi setiap yang dimiliki

Andai engkau menyayangi si dia,jangan sampai engkau menangisi pemergian atau kehilangannya, jangan sampai engkau merindui susuk tubuhnya, hingga lebih engkau rindui, lebih engkau sayangi, lebihi engkau cintai, lebih engkau ingini dari menatap wajahNYA di syurga.

Kekecewaan yang ditanggung olehmu pada tiap sesuatu itu, lebih baik ditanggung, daripada engkau menanggung kehilangan... Kehilangan kelazatan iman, kesirnaan kebahagiaan dalam berbuat kebaikan, dan kehilangan kedamaian, keredhaan, dan kerestuan dari TUHAN.

Wallahua'llam...

Riak

Assalamualaikum...
Pertama sekali ingin berkata pada hati...sabarlah hati dengan ujian yang diturunkan padamu...kerana DIA Maha Mengetahui dengan apa yang ditetapkan buatmu...kerana DIa merinduimu untuk dekat kepadaNYA...kerana DIA lebih mengetahui apa yang kau tidak ketahui...sesungguhnya ujian itu adalah tarbiah buat dirimu menjadi seorang hamba yang taat dalam redaNYA, hamba yang Bersyukur dalam nikmatNYA...Semoga kau terus tersenyum dalam mentarbiyah dirimu menjadi insan solehah...ingat...syurga itu indah,sesuatu yang indah tidak mungkin diperoleh dengan mudah....
apa khabar hati mu?apa khabar iman mu?semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah......subhanallah...alhamdulillah...allahuakbar...lahaulawalaquataillahbillah...semoga kita terus dan terus memperbaiki diri...
sekadar teguran

Maaf jika apa yg ingin dikatakan ni akan buat sesiapa terasa...tapi perlu beritahu untuk peringatan kita semua termasuk diri ini yang sering lupa... Jangan sekali-kali kita riak dgn apa yang kita lakukan..walau sehebat manapun amalan kita..ia hanya sia2 jika dilakukan semata-mata untuk mendapat pujian manusia.. Biarlah manusia tdk memandang yg penting ALLAH pandang...biar manusia benci yg pntg ALLAH suka & redha dgn kerja buat kita.. Apa yang penting adalah redha ALLAH bukan redha manusia smata-mata..
Ingatlah hidayah itu ditangan ALLAH..hari ni kita boleh bersedekah kerana hidayah ALLAH, hari ni kita jadi imam juga kerana hidayah ALLAH...hari ni kita boleh bagi ceramah agama juga kerana hidayah ALLAH... bukan kerana kehebatan kita. Kita hanya hamba yg lemah. Bila-bila masa ALLAH boleh tarik balik hidayah dari kita jika DIA mahukan. Apa yang penting berdoalah semoga kita istiqamah dgn amalan trsebut dan semoga ALLAH terus limpahkan hidayahNYA kepada kita.
Amin Wallahua'lam. peace! V(^_^)

Ubat

Tazkirah

"Tatkala Allah menciptakan bumi, bumi tersebut selalu bergerak sehingga diletakkan di atasnya gunung supaya tenang dan tidak bergerak lagi. Malaikat pun kagum dan berkata, "Ya Allah! Adakah dari makhlukMu yang lebih kuat dari gunung?" Allah menjawab, "Ya, besi lebih kuat." Mereka bertanya lagi, "Adakah yang lebih kuat daripada besi?" Allah menjawab, "Ya, api lebih kuat." Mereka bertanya lagi, "Adakah makhlukMu yang lebih kuat daripada api?" Allah menjawab, "Ya, air lebih kuat." Mereka lalu bertanya, "Ya Allah! Apa yang lebih kuat dan keras daripada air?" Allah menjawab, "Ya, ada. Angin lebih kuat." Mereka bertanya lagi, "Apakah ada yang lebih kuat daripada angin?" Allah menjawab, "Ya, ada. Anak Adam yang bersedekah dengan tangan kanannya secara tersembunyi yang lebih kuat daripadanya." - Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik.


wallahua'llam

Untukmu

(¯`*•.¸★..Untukmu ADAM..(¯`*•.¸★

¸.•❤ Jadilah ADAM yang BERPENDIDIKAN TINGGI dalam AGAMA yang mampu MEMBIMBING HAWA dari menjadi MANGSA GODAAN SYAITAN dan NAFSU yang boleh MEMBINASAKAN..
¸.•❤ Jadilah adam yang MURAH dengan KATA-KATA NASIHAT dan TEGURAN yang boleh MEMPERBAIKI hawa..
¸.•❤ Jadilah adam yang sentiasa BERJUANG MENENTANG NAFSU dan MEMELIHARA MARUAH DIRI untuk ORANG TERCINTA yang SAH bergelar ISTERI..
¸.•❤ Jadilah juga adam yang boleh MENJADI KETUA KELUARGA, IMAM dalam SOLAT BERJEMAAH dan PEMIMPIN AGAMA seperti yang DIINGINI oleh hawa.....
 
¸.•*´¯)..Untukmu HAWA..¸.•*´¯)

••► Jadilah HAWA yang TINGGI dengan DIDIKAN AGAMA, merendah diri dengan AKHLAK TERPUJI dan BAIK HATI..
••► Jadilah hawa yang MENJAGA AURAT dan MARUAH DIRI dari sewenang-wenangnya dilihat AJNABI..
••► Jadilah hawa yang sentiasa HAUS akan ILMU NASIHAT dan TEGURAN sebagai persiapan menjadi HAWA YANG SOLEHAH untuk seseorang yang SAH bergelar SUAMI..
••► Jadilah juga seorang hawa yang mampu menjadi ANAK, IBU DAN ISTERI yang SOLEHAH serta HAMBA ALLAH yang BERIMAN dan BERTAQWA seperti yang diidamkan oleh ADAM..(◠‿◠✿)....
 

JANGAN BERSEDIH

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak mau memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah karena anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah karena anda membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah karena anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah mau perbaiki diri.

Jangan sedih karena anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah karena anda tak mau bangkit kembali.

Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar ....

Assalamualaikum wbt...semoga pagi jumaat ini membawa seribu rahmat buat kita semua...apa khabar hati?apa khabar iman?semoga sentiasa dalam lindungan Allah...rasa rindu mencengkam dikalbu tatkala teringat ayah bonda di kampung halaman...namun perjuangan perlu diteruskan agar diri menjadi insan yg berguna bukan pada diri sendiri semata-mata malah buat keluarga, Islam dan masyarakat...insyaALLAH...hari ini ingin membawa satu perkongsian dari Harian Metro...

AL-KISAH pada masa zaman dulu ada seorang penebang kayu menerima pelawaan daripada seorang majikan untuk memotong pokok di hutannya.

Kerana gaji dan kerja yang dijanjikan sangat lumayan, penebang pokok itu bertekad untuk bekerja sebaik mungkin demi membalas budi dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Ketika mula bekerja, majikannya memberikan sebilah kapak dan menunjukkan kawasan kerja yang perlu dilakukan dalam masa yang ditentukan.

Hari pertama bekerja, dia berjaya menumbangkan lapan batang pokok. Pada petangnya, selepas mendengar hasil kerjanya sangat baik, majikan itu memberikan pujian kepadanya.




“Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuan kamu menebang pokok itu. Belum pernah ada sesiapa sepertimu sebelum ini. Teruskan bekerja seperti itu,” kata majikan itu.



Pujian daripada majikannya itu memberikannya motivasi untuk terus melaksanakan kerjanya. Pada keesokan harinya, penebang itu bekerja lebih keras lagi, tetapi kali ini dia hanya berjaya menumbangkan tujuh batang pokok.

Hari ketiga pula, dia bekerja lebih keras lagi namun hasilnya tetap tidak memuaskan bahkan mengecewakan. Semakin hari semakin sedikit pokok yang ditebangnya.


“Sepertinya aku kehilangan kemampuan dan kekuatanku, bagaimana aku dapat terus bertanggungjawab hasil kerjaku kepada majikan?,” fikir penebang pokok itu kerana dia merasa malu dan putus asa.


Dia menghadap majikannya sambil kepalanya tertunduk lalu meminta maaf atas hasil kerja yang kurang memberangsangkan itu.


Dia mengeluh kerana tidak mengetahui apa yang terjadi.


Majikan itu bertanya kepadanya: “Bila masanya kamu mengasah kapak kamu?””Mengasah kapak? Saya tidak mempunyai masa untuk itu, saya sangat sibuk setiap hari menebang pokok dari pagi hingga petang dengan sekuat tenaga,” kata penebang itu.


“Nah, di sinilah masalahnya. Ingat, hari pertama kamu kerja? Dengan kapak baru yang terasah tajam, maka kamu mampu menebang pokok dengan hasil luar biasa.


“Hari-hari berikutnya, dengan tenaga yang sama, menggunakan kapak yang sama tetapi tidak diasah, kamu tahu sendiri, hasilnya semakin menurun.


“Maka, sesibuk mana pun kamu perlu meluangkan masa untuk mengasah kapakmu, supaya setiap hari kamu bekerja dengan tenaga yang sama dan hasil yang maksimum.


“Sekarang pergilah asah kapakmu dan segera kembali bekerja!,” perintah majikan.


Sambil mengangguk-anggukkan kepala dan mengucap terima kasih, penebang itu berlalu di hadapan majikannya untuk mengasah kapaknya.


Sebenarnya betullah kata bijak pandai. Istirahat bukan bererti berhenti, tetapi untuk menempuh perjalanan yang lebih jauh lagi dan mencabar.


Sama seperti penebang pokok itu, kita pun setiap hari dari pagi hingga malam hari, seolah-olah terjebak dalam kesibukan.


Sibuk, sibuk dan sibuk, sehingga sering kali kita lupa untuk berehat iaitu istirahat seketika mengasah serta mengisi hal-hal baru untuk menambah pengetahuan, wawasan apa lagi soal spiritual, ibadah, soal matlamat supaya kita lebih bermotivasi.


Jangan sibuk mencari kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi sibuklah mencari kesilapan sendiri, dengan bermuhasabah, bermujahadah dengan memperbanyakkan membaca.


Dengan ilmu sahajalah kita boleh berada di mana sahaja sebab ilmu yang kita galas tidak pernah membebankan kita. Ilmu bagaimana mengenal Allah mesti diperbaharui, ilmu mengenai kenabian, malah ilmu diri kita sendiri.


Nota hati
Dari mana kita datang, di mana kita sekarang, apa yang patut kita lakukan sekarang di dunia dan selepas ini ke mana kita akan pergi. Semoga kita sentiasa tajam dengan ilmu dan keprihatinan terhadap tanggungjawab seharian barulah hari mendatang menjadi lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari sebelumnya.

Renung-renungkan dan selamat beramal...
wallahua'llam... 

* * *KISAH KATAK * * *

Assalamualaikum...nak kongsi kisah dari SOLUSI:Panduan Hidup Bersyariat Isu 36
Sekumpulan Katak Sedang Mengelilingi Sebuah Perigi Yang Separa Siap.
Dua Ekor Katak Terperangkap Di Dalam Perigi Itu Akibat Tidak Berhati Hati Ketika Melompat.

... Mereka Melihat Ke Dalamnya. Ternyata Terlalu Dalam. Pantas Mereka Sepakat , Sudah Tiada Harapan.

"Kamu Bertawakl Sahajalah. Mungkin Ini Nasib Kamu ! " Jerit Katak Dari Atas Kepada 2 Ekor Di Dalam Perigi Itu.

"Kami Pun Tidak Tahu Macam Mana Kami Nak TOlong Kamu Naik Semula Ke Atas, " Kata Katak ain.
"Itulah Kamu, Kenapa CUai Sangat. Ini Padahnya Tidak Berhati Hati... Kalaulah Kamu Betul2 Semasa Melompat, Takkan Jadi Tragedi Macam Ni," Tambah Katak Yang Lain..

Namun Kedua2 Ekor Katak Itu Tetap Berusaha Naik Ke Atas Dengan Melompat. Masih Gagal. Dari Atas Terus Kedengaran Suara2 Yang Hanya Membunuh Harapan Mereka..

Setelah Agak Lama Mencuba,Salah Seekor Katak Berputus Asa. Badannya Sakit2 Lenguh2 Akibat Melompat Tanpa Henti.. Tenaganya Pula Semakin Lemah. Dia Hanya Mampu Tersandar Pada Dinding Perigi. DItambah Pula Semangatnya Lumpuh Dek Kata2 Yang Tidak Memberangsangkan Dari Atas.

Tidak Berapa Lama Kendian, Ia Pun Mati. MATI KATAK.. Kumpulan Katak2 DI Atas Hanya Mampu Melihat..

Melihat Rakannya Telah Mati, Katak Yang Seekor Lagi Meneruskan Usaha Melompat.

"Kamu Tak Nampak Ke Kawan Kamu Tu Dah Mati? Kamu Pula Akan Menyusul Sama. SImpan Sahaja Tenaga Kamu.. Membazir Aja Kamu Melompat.. Buat Kali Terakhir, Kamu Ingin Makan Apa?Kami Akan Bawakan."
-Begitulah Teriakan2 Dari Atas Namun Katak Itu Tidak Mempedulikannya. Dia Teruih Melompat. Akhirnya Seperti Ada Satu Semangat Baru, Katak Itu Melompat Begitu Tinggi Dan Mampu Keluar.

Takjub Melihat Apa Yang Berlaku, Seekor Katake Meng-interview-nya : "Apesal Kamu Tetap Melompat Walaupun Kami Dah Menyuruh Kamu Menerima Takdir Yang Kamu Mungkin Akan Mati Sperti Rakanmu Itu?''

"Sebenarnya Saya Kurang Dengar.. Saya ingatkan Kamu Semua Memberi Semangat Kepada Saya Untuk Terus BErusaha Melompat. Saya Lihat Mulut Kamu Semua Menjerit sesuatu, Seolah2 Memberi Semangat Kepada Saya.. Sebab Itu Saya Terus Berusaha, Takmo Kecewakan Korang SUma..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

PENGAJARAN : You're What You Think.. Kekadang, Tersalah Sangka Juga Ada Manfaatnya Terutamanya Apabila Kita MenyangkaNiat Seseorang Yang Jahat Itu Sebenarnya Baik Untuk Kita Lalu Kita Mendapat Manffat Daripadanya..

wallhua'llam

ܓrenung-renungkan dan selamat beramal

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP