Featured Posts




Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka...

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih...

Amin Ya Rabbul Alamin..

RaMa-raMA



WANITA
Lihatlah rama-rama, ia sangat cantik...Apabila pandangan kita dihiasi ram-rama, kita pasti ceria. Pasti senyuman terukir.

Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah manapun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda, warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.

Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawetkan.

CINTA
Cinta layaknya seperti seekor rama-rama

Semakin di kejar semakin jauh dia terbang meninggalkan kita
Biarkan rama-rama terbang kemana saja ia suka

Siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu,ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu menumpang teduh,dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang tidak di sangka

Mungkin saja rama-rama yang di kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan buatmu

wallahua'lam...

MAAF

Seandainya diri kita pernah ditipu orang…

Seandainya diri kita pernah dikhianati orang…

Seandainya diri kita pernah difitnah orang…

Seandainya diri kita pernah dihina orang…

Seandainya diri kita dizalimi orang…Sakitnya hati hingga tidak bertegur sapa selama berhari-hari…berbulan-bulan…bahkan bertahun-tahun pun ada.Retak serta lukanya hati hingga berdendam.Bencinya hati hingga tidak mahu bertentang wajah bahkan bayang-bayang pun tak mahu melihatnya kerana dosanya terhadap kita terlalu pedih bila terkenang-kenang.

‘Alangkah nabi maafkan umatnya inikan pula kita…Itu nabi tapi aku hanya manusia biasa!’….satu perpatah yang sering terdengar jika hati keras untuk tidak memaafkan orang…


Apa Allah kata…..


Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat JAHAT kepadamu?

Adakah engkau telah memaafkan orang yang telah MENGANIAYAMU?

Adakah engkau telah menghubungkan silaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu?

Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah MENKHIANATIMU?

Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah MENGUSIRMU (tdk mahu menegurmu)?


Mengapa terlalu sukar memaafkan?
YA RABB lembutkanlah hati ku untuk memaafkan
YA RABB sesungguhnya Engkau Maha Pengampun...



بسم الله الرحمن الرحيم

syukran jazilan
...mira
...nida
...ai
...yunni
bersyukur kerana dipnjgkan usia dan dikurniakan sahabat seperti ini
kepada sahabat2 yg lain terima kasih kerana sentiasa mngingatiku dihati kalian
semoga semua sentiasa dalam rahmat & redaNYA...insyaALLAH...





mmm exam pon da nk mula ... n x kurang juga yg sedang berjuang di medan peperiksaan
salam imtihan...



sentiasa la INGAT!

سنه حلوه



Semoga panjang umurku dalam kebaikan
Semoga murah rezekiku lagi diberkati
Semoga detik2 waktu yang mendatang
Adalah kebahagiaan yang tak hilang
Semoga dengan bertambah usiaku
Akan bertambah iman di dadaku

Semoga diriku menjadi permata hati jauhari
Bercahaya gemerlapan pada insan di sisi
Kekalkan senja dengan keindahan
Bukan menjadi hujan membawa ke malam
Semoga diriku menjadi seorang hamba mengabdi
Bersyukur berzikir basah di bibir
Redha dengan setiap ketentuan takdir
Dan semoga aku jadi diriku sendiri
Berakhlak dengan sunnah nabi

Ikhlas dari hatiku
Buat sahabat yang dikasihi
Terima kasih atas setiap kebaikan
Moga Allah memberi ganjaran
Syukurku pada Tuhan atas pertemuan
Moga ukhwah akan berkekalan
Maafkan diri ini yang serba kekurangan
Yang tak sunyi melakukan kesilapan

Jujur dari hati
Kepada keluarga yang dicintai
Terima kasih atas doa kalian
Terima kasih kerana menyayangi diri ini
Kasihmu ibu membawa ke syurga
Kasihmu abah kekal selamanya
Kasihmu saudaraku terpahat dihati
Semoga ukhwah sesama kita membawa ke syurga

Ikhlas dari hati
Buat dikau yang ku sayangi
Semoga kasih antara kita
Mendapat reda Allah n reda keluarga
Semoga kita kekal hingga ke syurga
Semoga jarak antara kita
Menjadikan kita lebih matang
Dalam menjalani kehidupan mendatang

Insyaallah


selamat hari lahir
HANIZAH BINTI SAMAT

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP