Featured Posts


Dengan nama ALLAH Yang Maha Penasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt....

dAlAM deTIK mENgHiTuNg WAktU TeriNGAt KatA-katA dArI sEoRaNg yaNg BeRgElaR iBu...
♥*¨*•♥ semoga beliau sentiasa dalam rahmat dan keredhaan ALLAH...

AliHkN MaTaMu Ke lAuT, AiRnYa yg CaNtIk MeMbIrU & PEnUh KetEnAnGn, tApi HnYa ALLAH shJa yG TaHu aPa RaHsIa Di DalaMnYa. BeGiTuLh kHiDuPn MaNuSiA RiAnG KeTaWa TetApI HAnYa DIA yaNG TaHu SegAlA RaHsiA KehIdUpN. AnDaI RaSa kCeWa paNdanGlaH ke SuNgAi, AiRnyA Tetap MeNgAlIr bIaRpUn BrJuTA BaTu MnGhAlAnG. AndAi RaSa sEdIh, PanDaNgLah Ke LaNgIt, MaKa KaMu aKn sEdAr bHwA ALLAH sEnTiAsa BeRSaMamU~~

♥*¨*•♥Fikir-fikirkanlan hakiki kehidupan yang hanya sementara...

Di pinjamkan waktu yang ada agar banyak mengingati NYA(ALLAH) bukan nya bersuka ria sepanjang masa hanya menunggu di cabut nyawa......mati tiada siapa yang tahu tetapi ia tetap akan menjelma pada saat ia qada'kan untuk tggl kan dunia buat selamanya...

♥*¨*•♥kata hatiku...

seringkali ku mengingati diri ini agar sentiasa mengingati kematian...bukan meminta untuk itu tetapi sekadar untuk memperbaiki diri dan mengingatinya bukankah satu ibadah???berdosa jika kita meminta kematian tetapi mengingati kematian adalah satu ibadah dan pasti akan membuatkan kita sedar bahawa setiap yang wujud dimuka bumi ini adalah datang dari yang ESA dan hanya kepadaNYA jua kita pasti akan kembali...
semoga kita berusaha dengan lebih gigih diakhir2 bulan yang penuh barakah ini agar kita mendapat rahmat dariNYA...jangan kata sudah terlambat untuk kita berubah ke arah yang lebih baik tapi ingatlah bahawa ALLAH ITU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG DAN DIA JAULAH MAHA PENGAMPUN...DIA pasti akan menerima taubat kita, walau sebesar mana dosa yang telah dilakukan pasti DIA menerima kita...kenapa?ingatlah ketika kita masih bergelumang dengan dosa DIA tetap memberi kita nikmat melihat, bernafas, mendengar dan sebagainya...DIA sentiasa ingin hambaNYA dekat kepadaNYA, mengadu kepadaNYA dan meminta kepadaNYA...bersangka baiklah dengan ALLAH...fikir2kan....

♥*¨*•♥sekadar coretan dari hati ke hati
dengan mengeluarkan kata kata agama, tidak semestinya aku seorang ustazah.. labuhnya tudung ku, tidak semestinya aku seorang yang alim.. dengan menasihati orang lain, tidak pula bermaksud aku ini adalahlah orang yang sebaik-baiknya.. aku cuma insan biasa, yang mempunyai keinginan seperti kamu.. cuma aku berkongsi, apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu.. dan mengingati diri sendiri, supaya menjadi lebih baik...

wallahua'llam


ganjil dan asing

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah Ya Rahman Ya Rahim saya masih diberi peluang untuk terus menyedut nikmat yg diberi dan melihat alam yang penuh hikmahnya....
peringatan!
sentiasa bersyukur dengan nikmat dan kurniaannya...semoga kiata tidak tergolong dalam golongan-golongan yang tidak bersyukur...
Salam Ramadhan buat semua sahabat yg sudi singgah menjengah ke entri yang tidak seberapa ini...apa khabar kita hari ini?apa khabar iman kita hari ini...semoga kita mengejar dan bersungguh-sungguh serta semakin kebal dan tebal dengan ujian dalam mengejar rahmat-Nya di akhir bulan yang penuh barakah ini...dan semoga pada akhirnya nanti kita jadi seorang garaduan ramadhan yg cemerlang, gemilang dan terbilang...insyaALLAH...di sini saya kepilkan bersama perkongsian untuk renungan bersama terutama kaum hawa yang disayangi...bagi kaum adam buatlah peringatan dan pedoman buat ibu, adik, kawan atau isteri...insyaALLAH semoga kita mendapat manfaat bersama....
-Gadis melayu berniqab, ganjil?
-Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
-Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
-Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
-Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
-Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
-Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
-Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
-Gadis melayu tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
-Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
-Gadis melayu ganjil?

Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim)
Wallahua'llam
jaga diri, jaga hati...semoga menjadi hamba yang sentiasa mengenal erti syukur...amin...

alkisah...

A : maaf , tumpang tanya . lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye ?

B : encik jalan terus ikut jalan ILAHI , nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu , akan nampak belah kanan , kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI . haa tu tandanya encik berada di jalan betul . semoga selamat sampai!

Kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum w.b.t

Hidup ini satu ujian. Setiap tingkatan iman ada ujian yang berbeza, ada yang diuji dengan nikmat kemewahan dan kemiskinan, kesihatan dan kesakitan, ketenangan dan kerunsingan. Semuanya ujian, maka anggaplah semuanya ibarat semilir angin lalu yang berlalu... Menenangkan pelupuk emosi dan teruslah berlari kepada Nya, mendakap erat dalam pelukan Nya agar setiap ujian yang hadir semakin membuat kita dekat dengan Nya.



saban hari
aku menelan dosa
tanpa takut, tanpa terpaksa
dengan gembira dan gelak tawa
namun KAU tetap memberinya..

Ya Rahim...
detik masa terus pergi
berlari jauh meninggalkan diri ini
semakin aku alpa dari Mu ILAHi
semakin Engkau memberi dan memberi
betapa banyaknya rahmat yg Engkau kurniai
maksiat dan kehinaan yg aq ganti..

Ya Rahim...
suatu tika
bila KAU beri hidayah
baru ku sedar kealpaan diri
betapa hina diri ini
namun kau tetap menyayangi..

Ya Rahim...
mengapa kiranya aku
tak pernah hidup di bumi MU
dengan segala rasa Rindu
dengan segala rasa Cinta
dengan segala rasa Kasih
hanya dicurahkan untukMU
Tuhan yang mencipta diri ini..

Ya Rahim...
betapa kerdilnya diri ini
andai dibandingkan dengan ciptaanMU yang Agung
ciptaanMU yang penuh dengan Keindahan
ciptaanMU yang penuh dengan Kesucian
tetapi aku hanya hamba yang hina
yang sentiasa dihujani Dosa
yang sentiasa menjilat Duka
yang sentiasa dibasahi KemurkaanMU..

Ya Rahim...
bagaimana harusku membersihkan diri ini???
bagaimana harusku menghapuskan segala dosa???
bagaimana harusku mencari segala keampunan???

cukupkah aku membalasnya
dengan mengabdikn diri ini
masihkah nasuha ini diterima
hanya untuk keredaan
dalam mencapai kebenaranMu
dengan menggamit MADU FIRDAUSI...

Wallahua'llam...


Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP