Featured Posts


Assalamualaikum wbt...sedikit perkongsian bekenaan TAHUN BARU ISLAM...jom kongsi...

PENGENALAN
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

NOTA HATI===teringat pesanan seorang ibu... JIKA BERAMAL HENDAKKAN FADILATNYA MAKA IA KAN BERKULAT...so renung-renungkan dan selamat beramal...
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."
semoga TAHUN INI lebih baik dari TAHUN SEBELUMNYA...
wallahua'llam...

Manisnya Senyuman Mu

Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang
Moga semua sentiasa dalam rahmatNYA....InsyaALLAH...
Post kali ini ingin berkongsi gambar mereka yang mempunyai senyuman paling MANIS
JOM tengok!!!

senyuman paling menawan hati

 senyuman yang paling manis...

amboi sukanya...hahahaha

 ni senyum ke menguap ek????

 "macho x saya?"

 alololo...comelnya senyum

 senyum tp malu-malu

 senyuman yang penuh bergaya

seyuman terpaksa

 senyuman encik kuda...

 senyuman dolphin

 senyum...x perlu kata apa-apa

 yang belakang tu jeles sebab x boleh senyum cam yang depan tu


sebelum berakhir ingatlah...
walau sebesar mana sekalipun ujian melanda...
walau ribut petir yang ditakdirkan
positifkan diri anda 
dan 
tersenyumlah kerana
setiap apa yang ditetapkan buat kita ada hikmah disebaliknya
masalah itu kecil, ALLAH ITU MAHA BESAR

Fakta:
  • setiap kali senyum kita akan menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerut dahi
  • memulakan hari dengan senyuman mampu menceriakan hidup serta memberi kebaikan untuk kesihatan
  • setiap kali kita senyum dan ketawa ia bersamaan dengan senaman joging dalaman yang dapat merangsang tubuh dan memberi manfaat berguna kepada sistem otak dan hormon
  • coretan nakal:senyum tu awet muda

akhir kalam
Orang yang mempunyai senyuman yang paling manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata"Innalillahi wainna ilaihi rajiuun"...Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini," sambil mengukir SENYUMAN.
wallahua'llam...

“Senyumlah kerana dirimu begitu berharga”

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...hari ini nak berkongsi ilmu tentang tokoh Islam yang amat disegani...ini juga adalah sebahagian dari hasil tugasan saya untuk Human Resource Management Islamic Approach...sama-samalah kita berkongsi ilmu dan muhasabah diri kita...

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang diabadikan. Inilah yang dapat digambarkan mengenai keperibadian As Syahid Imam Hassan Al-Banna.Dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Barriyyah, Iskandar, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yang serba sederhana.Hassan al Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaiki jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama kepada penduduk tempatan.Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmad Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah dan adakala disertai oleh Hassan al-Banna juga. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.Pada usia 12 tahun, Hassan al Banna telah menghafal separuh al-Quran manakala pada usia 14 tahun beliau telah menghafal seluruh al-Quran. Ayahnya sentiasa memotivasi beliau agar melengkapi hafalannya. Semenjak itu beliau membahagikan masanya dengan sebaik mungkin. Pada waktu siang beliau belajar di sekolah kemudian, belajar membuat dan memperbaiki jam dengan orang tuanya hingga waktu petang. Seterusnya pada waktu petang hingga waktu tidur digunakannya untuk mengulang pelajaran sekolah. Sementara membaca dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur'an dilakukan selesai solat Subuh.Sifat kepimpinan beliau juga terserlah apabila beliau menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin.Pada usia 16 tahun beliau telah menjadi mahasiswa di perguruan tinggi Darul Ulum di Kaherah. Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram al-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.Pada Mac 1928, jemaah Ikhwan Muslim ditubuhkan. Pada ketika itu beliau berusia 23 tahun dan baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah. Setelah berkhidmat selarna 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa. Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Menyedari kepentingan media yang memberi pengaruh terhadap masyarakat, maka beliau pun berusaha mengambil tindakan dengan membuat media-media al-ikhwaniyah; seperti majalah mingguan Al-Ikhwan Al-Muslimun pada era tahun 30 an, dan majalah setengah bulan dan harian Al-Ikhwan Al-Muslimun pada era tahun 40 an, majalah As-Syihab, majalah At-Ta’aruf dan majalah Kasykul al-jadid; untuk menjadi bahagian dari mimbar menyebarkan kebenaran dan saranan. Al-Ikhwan melakukannya melalui dua cara iaitu menghadirkan contoh yang baik dalam bermedia dan menghalang media-media yang menyebarkan kekejian, cabul, dan porno. Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir, dan pada 8 November 1948 Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga akibat dari suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.


TAMBAHAN ILMU:
10 PESANAN  IMAM HASSAN AL-BANNA.
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah mengerjakan solat  serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosongtiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orangmengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah(taaruf) dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itugunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


Wallahuallam

Pesanan Buat Hati

Assalamualaikum...

Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai. kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami. Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi

Renung-renungkan dan muhasabah diri...

Mutiara Bicara
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"
Imam Hasan Al-Basri

Waalahua'llam

 

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP