Featured Posts


Wordless Wednesday


Akhir Ramadhan...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Sekadar perkongsian untuk muhasabah diri kita bersama...


Abu Darda' berkata: "Ada 3 hal yang mnyebabkan aku tertawa:
1) orang yang memburu dunia, padahal dia diburu kematian.
2) orang yang lalai, padahal dia sentiasa diawasi, dan tidak pernah terlepas.
3) orang yang banyak ketawa padahal dia tidak tahu sama ada Allah suka atau murka padanya.


Dan 3 hal yang mnyebabkan aku menangis:
1) berpisah dengan kekasihku Muhammad SAW & sahabat.
2) musibah yang mnghalang disaat kematian.
3) berada d hadapan Allah saat semua rahsia terbongkar"

INGATLAH!!!

“ Jalan menuju Allah bukanlah jauhnya perjalanan kaki, namun ia adalah perjalanan hati.” – Ibnu Jauzi. 

JADI...

Marilah kita terus menerus bertaubat dan beristighfar membersihkan hati sepanjang Ramadhan yang masih berbaki...insyaALLAH...


BicaraHati
andai ini adalah Ramadhan terakhir buat diri ini...adakah aku telah melakukan segala yang terbaik untuk dipersembahkan kepadaMU ya RABB? adakah segala amalan ku diterima?adakah taubatku diterima?adakah syurga menjadi tempatku yang abadi?

Wallahua'llam...

Nota Hati

Assalamualaikum...
Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang

Buat si dia...
Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. 
Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. 
Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..

Allah S.W.T berfirman, 
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 
(an-Nur’:26)

Jom baca bagi mereka yang masih mnecari-cari si "gentleman"
Kerana hakikatnya, lelaki yang gentleman melamar anda dari KESEDARAN IMAN dalam diri mereka, bukan hanya hambatan perasaan dan dorongan kehendak dalam diri mereka semata-mata.


wallahua'llam

Biar Gambar Berbicara

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Agak lama membiarkan entry ini menyepi...bukan tiada masa tetapi tidak tahu apa yang harus dicoretkan...Ya memang banyak suka dan duka dilalui namun belum tiba saatnya untuk berkongsi..



Semoga dalam bulan Ramadhan yang mulia ini sama-samalah kita berusaha mencapai Rahmat dan Redanya... Perbanyakkanlah memohon keampunan dari-Nya...semoga kita menjadi hamba yang soleh dan solehah...insyaALLAH....

Akhir kalam...
banyak kelalaian yang kita lakukan tanpa kita sedari mahupun yg kita sengaja lakukan...
hebatkah kita dengan kelalaian itu???
tepuk dada tanya iman...
Wallahua'llam

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP