Featured Posts



اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Ya Allah,ssgguhnya aku brlindung kpd Engkau dr bingung&sedih.Aku brlindung kpd Engkau dr lemah&mls.Aku blindung kpd Engkau dr pengecut&kikir.& aku brlindung kpd Engkau dr lilitan hutang & kesewenang-wenangan manusia

Dia Datang Lagi



REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan

masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Tanpa kita sedari kita sudah hampir berada di bulan Rejab. Bulan yang penuh keberkatan. Rejab bermaksud ta’azim ( kebesaran, keagungan dan kemuliaan ) kerana ALLAH S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan kemurahan-NYA. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk melalui bulan Rejab dan berharap, saya dan anda semua tidak akan mensia-siakan peluang yang ada.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab, maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah.
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi : “Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril A.S “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”
Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Diantara amalan-amalan yang sangat baik dianjurkan ketika berada dalam bulan Rejab:
- Banyakkan puasa sunat.jika mampu,
- Perbanyakkan Solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu (rawatib).
- Solat sunat Dhuha, sunat tasbih, sunat tahajjud, sunat hajat, sunat witir dan sebagainya, buat menampung amalan fardhu
- Banyakkan masa dengan membaca Al-Quran.
- Banyakkan berzikir dengan bertasbih bertahmid, bertakbir dan bertahlil beberapa ratus kali. Jika tak mampu lakukan beberapa kali termampu pada sebilangan waktu. Waktu terbaik ketika hampir subuh selepas subuh dan ketika hampir masuk waktu berbuka puasa.
- Berselawat keatas Nabi S.A.W. sebanyaknya
- Beristighfarlah mohon keampunan diatas dosa-dosa yang lalu. Paling utama bacalah Istighfar Rejab setiap hari (sila rujuk dalam kitab-kitab doa atau melalui tuan-tuan guru mengenainya)
- Berdoalah memohon sebanyak-banyaknya dalam solat, didalam sujud dan selepas solat beberapa lama tanpa berasa jemu meminta.

Rasulullah saw. Bersabda “ Di dalam bulan Rejab ada satu hari dan satu malam yang mana barangsiapa berpuasa pada hari itu dan sholat malam pada malam itu, maka ia bagaikan berpuasa seratus tahun dan sholat malam seratus tahun lamanya. Hari itu ialah 3 hari terakhir.

Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah. (Al-Hadis).

Sesiapa yang melapangkan kekeruhan, kesusahan dan masaalah orang mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga firdaus. (Al-Hadis).

Apabila engkau mengkehendaki suatu ketenangan waktu mati, dan meninggalkan dunia ini beserta Iman dan selamat dari godaan syaitan, maka hormatilah bulan –bulan ini semua (Rejab,Syakban dan Ramadhan) dengan memperbanyakkan puasa dan menyesali terhadap dosa-dosa lalu, ingatlah kepada pencipta alam ini, maka kamu akan masuk syurga dengan selamat. (Hadis)



semoga kita berusaha memperbaiki diri
insyaALLAH...
╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸. ALLAH
wallahua'llam...

Kasih Sayang

Sejenak saya termenung…
dan terus termenung lagi…
Betapa hebatnya nilai kasih sayang…
Tetapi, kita manusia…
Bagaimanakah kita meletakkan nilai kasih sayang itu?
Bagaimanakah kita menghargai kasih sayang itu?
Bagaimanakah kita membalas kasih sayang itu?

MUHASABAH DIRI
semoga kita menjadi hamba yang bersyukur dgn nikmatNYA
semoga kita menjadi hamba yang mengingatiNYA
semiga kita berusaha menjadi hamba terbaik buatNYA

سبحان الله والحمد لله و لا اله الا الله و الله أكبر

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸. ALLAH
★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★

Friend



assalamualaikum...

Sweet words are easy to say,
Sweet things are easy 2 buy,
But sweet people are difficult to find.
Life ends when U stop dreaming,
Hope ends when U stop believing,
Love ends when U stop caring,
Friendship ends when U stop sharing.
So share this with whom ever U consider a friend.
To love without condition,
To talk without intention,
To give without reason,
And to care without expectation
is the heart of a true friend…

wallahua'llam...

Selingan Perjalananku

last paper tomorrow at 9am...bittaufiq wanajah fil imtihan hanizah samat...insyaALLAH
...bonda tercinta dah menunggu diri ini untuk sampai ke kampung halaman...tunggu achik ye mak...rindu sangat kat mak...

Bonda,
ku rindu pelukan mu, belaian mu...
ku rindu desa tercinta yang telah mencoret kisah hidupku
ku rindu kicauan burung menyanyi lagu riang dipagi hari
ku rindu pohon nyiur melambai-lambai kepulangan ku
ku rindu melihat luasnya samudra, melepas semua kepenatan
aku ingin berlarian di padang rumput.agar dapat melepaskan segala lelah dijiwa
aku ingin beradu dibawah selimut cahaya bulan, sambil menyanyikan lagu syukur atas semua karunia Nya...

subhanallah, alhamdulillah, lailahaillah, allahuakbar

pada sahabat2 uum, smoga cuti nanti dimanfaatkan sebaiknya ya...sayang korang semua...insyaALLAH panjang umur kita bersua lagi...

* Persahabatan itu umpama dakwat dan kertas. Dakwat memberi erti apabila tercatatnya ia di atas kertas.

* Persahabatan itu umpama kuku dan jari. Tanpa kuku jari tiada seri.

* Persahabatan itu umpama daun dan bunga. Cantiknya bunga kerana di sisinya ada daun yang cantik.

* Persahabatan itu umpama nasi dan lauk. Tanpa keduanya hilanglah selera laparlah perut.

* Persahabatan itu umpama gincu dan bibir. Calitkan gincu agar bibir terserlah keayuannya.

* Persahabatan itu umpama deria manusia. Tanpa salah satunya, hilang lah nikmat merasa.

* Persahabatan yang terjalin antara kita jangan di putuskan hanya kerana kita berbeza pandangan.






dinner prs n karnival kerjaya 2011

KLK Hortikulter III (Kampung Kubu, Jitra, Kedah)

semoga selamat sampai ke kampung halaman insyaALLAH...
perjalanan anak perantauan yg tidak akan terhenti, selagi ajal tidak menjemput
semoga diri ini sabar dan tabah dengan ujian yang bisa mematangkan diri...

Get More Islamic Testi Here!


Love Because of ALLAH
wallahu'allam...

Muhasabah Diri

Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda, " Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

Pesanan buat kekasih

assalamualaikum wbt...
salam sayang , salam kerinduan buat sahabat2 yg dikasihi...
..........✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿......✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿....
nak cerita pasal ape ye...mmm da nak cuti sekolahkan?mesti ramai yg adakan majlis bertunang, majlis kahwin...seronoknya dpat mkn free...hehehe
bila pula tiba giliran diri ini ye...hehehe(ni kalau mak tau anak dara dia gatal cam ni abis la...;)

sebut pasalkahwin ke tunang ke...perlu diingat pada diri ini dan semua...apa ciri-ciri seorang isteri dan suami solehah?kenapa solehah???sebab nak bina sebuah keluarga yang bahagia mestilah bermula dengan reda ibu bapa kita, seterusnya ciri-ciri yang boleh membimbing dan dibimbing...

"perkahwianan bukan berlandaskan hawa nafsu semata-mata, yang paling penting perkongsian dua buah kehidupan menjadi satu...andai tidak saling memberi dan menerima takut akan karam dalam kehidupan dunia..." ni yang pernah bonda tercinta cakap masa kak long n kak ngah nak kahwin

apa ciri-cirinya???disini saya ingin berkongsi sedikit ciri-ciri tersebut...


CIRI WANITA SOLEHAH DAN SUAMI SOLEH

Ciri-ciri Isteri Solehah :
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelar solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah Subhanahuwata’ala

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Berikut ini antara lain perincian dari dua syarat di atas:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya mahrom
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut(masam muka) di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik & kecantikannya serta rumah tangga


Ciri - Ciri Suami Soleh :

1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta meninggalkan larangan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan ajaran dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan perhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesehatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna sesuai kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merusak keutuhan rumah tangga mereka.

9. Sentiasa memberikan kasih sayang, dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahasia isterinya dan tidak diberitahukan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan perhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami yang bijak memahami perasaan dan hati isteri dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami yang menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

..........✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿......✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿....
mmm semoga diri ini dikurniakan pasangan yg soleh...
KEPADA SAHABAT YANG INGIN BERTUNANG OR BERKAHWIN...
SELAMAT BERTUNANG & SELAMAT PENGANTIN BARU
kalau sempat pasti diri ini hadir pada majlis kalian---insyaALLAH

..........✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿......✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿....
p/s
nak dapat pasangan soleh/solehah, bentuklah diri dari sekarang untuk menjadi seorang yang soleh /solehah dulu...pasti si dia yang diimpi datang tanpa kita sedari...insyaALLAH
..........✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿......✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿....


wallhuallam...✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿...

Tergamam seketika bilik ku yg td riuh dengan gelak tawa sahabat-sahabat yg dtg study bersama, apabila buletin utama(21 Mei 2011) menyiarkan berita berkenaan tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Bt 15, Hulu Langat. Tak dapat ku tahan rasa sebak dihati dan menitis air mata tatkala mengikuti setiap perkembangan berita mengenai kejadian ini...kelu lidah untuk meluah apa yang dirasa...
Setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya. InsyaALLAH....
Al-Fatihah....

Senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak
Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.
Enam belas yang terkorban ialah :
1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun
2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10
Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10
Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ KAJANG.












(gambar ehsan hmetro.com)

semoga tabah menghadapi ujian ini...
wallahu'allam...

''Usah terlalu menyanjung kelebihanku. Bimbang kau tak mampu menanggung kekuranganku''
''Usah terlalu berbangga akan keupayaanku. Bimbang kau akan kecewa dengan kelemahanku.''
''Usah terlalu memuji segala kebaikanku. Bimbang kau akan teruji dengan kejahatanku.''
''Usah terlalu berharap akan diriku. Bimbang nanti yang kau harap, tidak seperti yang kau mahu''




وَٱلۡعَصۡرِ . إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ . إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 

pERkAHwInaN



KAHWIN???
CERAI???
petang tu seorang sahabat jauh diselatan telefon dan tanya

NIZA MACAM YE KALAU DA CERAI TAPI DALAM TEMPOH EDDAH SI SUAMI BERCAMPUR DENGAN SI ISTERI... TU DAH KIRA RUJUK KE?
>>>dalam hati tersentak dan takut sangat nk beri jawapan...sebab saya pon x melangkah lagi ke alam itu...tp x pe...sy pun minta tempoh untuk beri jawapan malam itu...aduh fening2 persoalan yg diajukan. tp sebagai seorang sahabat sejak dibangku sekolah(walaupun masa majlis perkahwinan x diundang>>>huhuhu) pasti saya akan bantu...

saya telefon bonda tercinta minta pendapat...saya telefon kakak angkat tersayang di kluang,johor menagih sedikit ilmu...saya cr di blog dr suzana, perunding keluarga bahagia...cari...cari...dan cari.......
dan akhirnya saya dapat la ilmu sedikit mengenai perceraian dan tempoh eddah...
sedikit perkongsian...

Rujuk dan Nikah Semula
Al-Quran banyak memberikan gambaran yang indah tentang hubungan perkahwinan (lihat: al-Baqarah ayat 187 dan al-Rum ayat 21) di mana pasangan suami isteri menjadi pakaian antara satu sama lain dan dijadikan pula pasangan itu tempat untuk bersenang-senang dan mendapat ketenangan. Ikatan zahir dan batin yang begitu kuat ini pastinya menjadikan perpisahan antara kedua-duanya sangat sukar sekali apatah lagi jika perpisahan itu akibat kematian.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 228 bermaksud: “Dan suami-suami mereka lebih berhak untuk mengambil kembali (rujuk) akan isteri-isteri di dalam masa eddah itu jika mereka bertujuan mahu membuat perdamaian.”
Di dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka apabila mereka telah mendekati akhir eddah, rujuklah mereka dengan cara yang makruf (baik) atau ceraikan mereka dengan cara yang makruf (baik).” - surah at-Talaq ayat 2. Ayat-ayat ini jelas menunjukkan rujuk merupakan hak yang diberikan oleh Islam kepada bekas suami untuk melanjutkan ikatan perkahwinannya dengan bekas isteri yang telah diceraikannya sebelum habis waktu eddah isteri. Ingat!! Rujuk hanya boleh berlaku dalam tempoh eddah dan bukan selepasnya.
Tempoh-tmpoh Eddah
Tempoh-tempoh eddah adalah berbeza mengikut jenis perceraian dan keadaan wanita yang dibubarkan perkahwinannya itu. Bagi wanita yang hamil, tempoh eddahnya ialah tamat tempoh kandungannya itu sama ada secara kelahiran biasa atau keguguran, tak kiralah wanita hamil ini diceraikan atau kematian suami.
Bagi wanita yang masih didatangi haid dan rutin haidnya adalah normal, tempoh eddahnya ialah sebanyak tiga kali suci. Firman Allah s.w.t, maksudnya: “Perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama tiga kali quru’ (suci).” (al-Baqarah 2:228). Jika dia diceraikan ketika suci dari haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja datang haid yang ketiga.
Contoh: Diceraikan dalam keadaan suci (Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 > Haid 2 > Suci 3 > Haid 3- iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula.
Jika dia diceraikan ketika haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja kedatangan haid yang keempat.
Contoh: Diceraikan ketika haid (Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 > Haid 3 > Suci 3 > Haid 4 -iddah habis sebaik sahaja haid 4 bermula.
Bagi wanita yang haidnya tidak normal, telah putus haid atau belum kedatangan haid maka eddahnya ialah tiga bulan. Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira iddah dari hari perceraian hinggalah cukup tiga bulan Qamariyyah. Perlu diingatkan, tempoh 3 bulan ini tidak semestinya 90 hari. Hal ini kerana dalam kalender Islam, ada kalanya jumlah hari sebulan ialah 29 hari dan ada kala berjumlah 30 hari. Tetapi tiada yang berjumlah 31 hari!
Firman Allah s.w.t. (maksudnya): “Perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus haid mereka, jika kamu ragui tentang tempoh masa idah mereka, maka masa idah mereka ialah selama tiga bulan. Begitulah juga idah perempuan-perempuan yang belum datang haid.” (al-Talaq 65:4).

Dr. Abd al-Hamid al-Majali, Universiti Mu’tah, Jordan (ArabLawInfo.com: 2002) menyatakan bahawa iddah antara lain dapat memastikan rahim wanita bersih dari benih suami, mengenang kebaikan dan keindahan hidup bersama suami, menzahirkan kesedihan atas pemergiannya, memelihara kehormatannya serta mengelakkan fitnah. Wanita ialah makhluk tuhan yang dianugerahkan dengan roh dan jasad. Dalam keadaan yang sangat sukar selepas kematian suami, wanita memerlukan masa untuk membiasakan dirinya dengan kehidupan baru yang pastinya jauh berbeza dengan kehidupan semasa suaminya masih hidup.
Bagi wanita yang kematian suami dan dia tidak hamil, eddahnya ialah empat bulan sepuluh hari. Disebutkan dalam ayat 234 Surah al-Baqarah “...dan bagi perempuan yang kematian suami di antara kamu dan kemudiannya mahu berkahwin maka hendaklah dia menahan dirinya (beriddahh) selama empat bulan dan sepuluh hari”. Sekiranya seseorang wanita kematian suami dan dia pula sedang hamil, eddahnya ialah melahirkan anak kandungan tersebut ataupun keguguran, seperti yang telah saya jelaskan di awal tadi. Namun, bagi perempuan yang baru dinikahi atau telah lama bernikah tetapi tidak pernah disetubuhi suaminya kemudian diceraikan oleh suaminya itu, perempuan itu tidak perlu bereddah. Sebaliknya, sekiranya suaminya itu meninggal dunia walaupun tidak pernah disetubuhi oleh suaminya, dia wajib bereddah selama empat bulan sepuluh hari.
Sekiranya tempoh eddah telah tamat, tiada lagi rujuk sebaliknya pasangan bercerai yang ingin kembali hidup sebagai suami isteri hendaklah melakukan akad nikah baru. Bermaksud, lakukan proses permohonan nikah sama seperti perkahwinan sebelum ini.
Apakah Cerai dan Rujuk Harus Ada Saksi?
Tidak ada seorang muslim pun yang ingin kehidupan rumah tangganya pecah. Segala cara dan kiat dicari untuk mempertahankan bahtera rumah tangga. Apabila tidak mungkin berbaikan kecuali dengan berpisah, maka apa boleh buat, langkah yang sulit dan getir itu pun harus diambil. Islam memberikan aturan yang indah dalam kasus ini dengan mensyariatkan talak (perceraian), rujuk (damai kembali bersatu), dan masa iddah menjadi tiga: dua dengan rujuk, yaitu talak satu dan dua serta satu tanpa rujuk, yaitu talak tiga atau talak ba’in, sebagaimana firman Allah,
الطَّلاَقُ مَرَّتَانِ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ
“Talak (yang dapat dirujuk) itu sebanyak dua kali. Setelah itu, boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik.” (QS. Al-Baqarah:229)
Para ulama sepakat bahwa keberadaan saksi tidak disyariatkannya dalam perceraian, sebagaimana dijelaskan Imam Asy-Syaukani dalam kitab Nail Al-Authar, 6:267. Namun, para ulama masih berselisih tentang kewajiban adanya saksi dalam rujuk. Pendapat yang rajih dalam hal ini adalah yang berpendapat bahwa saksi tidak wajib ada, namun bila ada saksi maka itu yang lebih baik.
Para ulama, yang tidak mewajibkan saksi dalam rujuk, berselisih pendapat dalam cara rujuk yang diakui syariat. Ada yang menyatakan bahwa cukup dengan berhubungan suami-istri, ada yang menyatakan bahwa harus dengan niat rujuk, dan ada yang menyatakan bahwa harus dengan ucapan. Pendapat yang rajih adalah bahwa rujuk dikatakan sah dengan adanya perbuatan atau perkataan yang menunjukan rujuknya kedua pasutri tersebut, baik dengan hubungan suami-istri atau perkataan. Hal tersebut menyelishi opini sebagian kaum muslimin bahwa rujuk memerlukan prosedur yang berbelit-belit, sehingga orang yang berkeinginan rujuk malah tidak jadi melakukan rujuk hanya karena prosedur tersebut.
Islam mensyariatkan iddah (masa menunggu) agar sang suami dapat meralat kembali talaknya, setelah hilang rasa marah dan tidak sukanya lalu muncul perasaan ingin memperbaiki bahteranya. Oleh karena itu, sang suami dilarang mengusir istrinya dari rumah, dan istri yang dicerai dengan talak satu atau dua tersebut juga tidak boleh pergi untuk tinggal di luar rumahnya. Hal ini jelas ditegaskan Allah dalam firman-Nya,
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاء فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِن بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَن يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَلِكَ أَمْراً
“Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan istri-istrimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar), hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah, Rabbmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) keluar, kecuali kalau mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang. Itulah batasan-batasan dari Allah. Barang siapa yang melanggar batasan-batasan Allah, sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui bahwa barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru.” (QS. Ath-Thalaq:1)
Apabila Allah berikan rasa ingin rujuk pada hati sang suami dalam masa iddah tersebut maka sang istri wajib menerimanya walaupun ia tidak suka. Namun, bila tidak ada rujuk sampai habis masa iddah-nya maka sang wanita menjadi bebas dan tidak ada keterikatan dengan suaminya terdahulu itu.
Jika keduanya sepakat untuk kembali bersatu setelah itu maka pernikahan yang baru wajib untuk dilakukan . Hal ini merupakan kesepakatan para ulama, sebagaimana pernyataan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari, “Para ulama telah bersepakat bahwa bila lelaki yang merdeka mencerai wanita yang merdeka setelah berhubungan suami istri, baik talak satu atau dua, maka suami tersebut lebih berhak untuk rujuk kepadanya walaupun sang wanita tidak suka. Apabila tidak rujuk sampai selesai masa iddahnya maka sang wanita menjadi orang asing (ajnabiyah), sehingga tidak halal baginya, kecuali melalui pernikahan baru.”




mmm betulkanlah kalau ada yang silap ya...kursus kahwin pun x pergi lagi da panadai nak nasihatkan orang...hehehe
tp x pe...ILMU ALLAH ITU LUAS...
P/S :pergi Jabatan Agama Islam ye tanya lebih lanjut
sebab pernah dengar dan baca:
>Mazhab Imam Syafiee=rujuk perlukan lafaz dan saksi
>Mazhab Lain-lain= bila suamida 'campur' isteri kira rujuk
=)
kepada sahabat2 saya yang dah kahwin AWAL
jadilah seorang ibu/ayah yg soleh agar dapat melahirkan anak2 yg soleh/solehah
apa pun yg berlaku kembalilah kepada ALQURAN dan SUNNAH
TALAK suatu ynag HALAL tp amat DIBENCI ALLAH...nauzubillah...
DOAKU SEMOGA KALIAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT dan MENDAPAT RAHMAT YANG ESA
insyaALLAH...

HANIZAH BINTI SAMAT!!!>>>kembali buat rujukan utk FINAL EXAM...3paper lagi...bittaufiq wanajah...insyaALLAH
wallahua'llam

Ujian demi Ujian

Tatkala diri bersendirian dan terasa ingin menangis...
ku teringat akan kisah yang pernah dicoretkan seorang sahabat...


Dia menangis tersedu dalam dakapanku.
"Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".
Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.
"Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya". "Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya saya kat belakang", tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.
"Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni", rintihnya lagi.
Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.
"Awak menyesal pakai tudung labuh?", aku meneka. Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. "Awak berputus asa nak menegur mereka lagi?", saya terus menduga.
"Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.
"Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak. Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran. Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.

"Jangan pernah menyesal dengan diri awak, tudung awak. Jangan kerana masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada awak. Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dengan istimewanya diri awak sekarang. Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama.Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama. Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih. Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit? Awak dah nak berputus asa?" Aku menduga.

Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi.
"Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah. Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan. Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad'u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang awak alami. Jadi, awak jelaskan? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yang awak guna, Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki. Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan. Allah tegur sebab Allah sayang, Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat awak laksanakan dengan lebih berkesan. Bila berdakwah, kita berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan. Dai'e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan."

"Lagi, apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita."
"Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah. Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat."
Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.
"Habis, apa saya kena buat?", tanyanya.
"Sekarang awak perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yang awak tak sedari, bersyukur padaNya sebab menegur awak dengan ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan awak tu, minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalahleraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan." jawabku.
Dia menggenggam tanganku erat, "Terima kasih sahabat".
"Allah yang sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk saya hari ni. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga."Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama.



Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.
Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara.
Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.
xkan ada yang sia2..pasti ada hikmah d sebaliknya..insya'ALLAH....


Sabda Rasulullah SAW b'maksud:
“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah:
"Dan janganlah kamu(merasa) lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi(darjatnya, jika kamu orang beriman". (surah Ali-Imran:139)

wallahua'llam...

Istikharah Cinta


“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenang” (Ar-Ra’d : 28)

“Dan bertasbilah dengan memuji Rabbmu ketika kamu bangun berdiri. Dan bertasbihlah kepadaNya pad abeberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar)”. (At-Thur : 48-49)

“Dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengerahuan kepadamu, maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa) Allah”. (Ar-Ra’du: 37)

Ya Allah, di mana lagikah dapat kutemui cinta sejati
kecuali pada cinta-Mu,
Kemana lagikah hati ini harus berlabuh
kecuali pada kasih-Mu,
Jadikanlah hati yang lemah ini ya Allah
tertambat kukuh hanya pada-Mu.
Aku mohon reda atas segenap keputusan-Mu
kesejukan setelah matiku,
kenikmatan memandang wajah-Mu,
dan kerinduan untuk berjumpa dengan-Mu.
Ampunilah diri yang tak berharga ini ya Allah,
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirah-Mu
Amin.

Nantikan ku di Batas Waktu
~Edcoustic~

Di Kedalaman Hatiku
Tersembunyi Harapan Yang Suci
Tak Perlu Engkau Menyangsikan
Lewat Keshalihanku
Yang Terukir Menghiasi Dirimu
Tak Perlu Dengan Kata-kata
Sungguh Walau ku Kelu
Tuk Mengungkapkan Perasaanku
Namun Penantianmu Pada Diriku
Jangan Salahkan
Kalau Memang Kau Pilihkan Aku
Tunggu Sampai aku Datang
Nanti Kubawa Kau Pergi
Ke Surga Abadi
Kini Belumlah Saatnya
Aku Membalas Cintamu
Nantikanku Di Batas Waktu
Izinkan diri ini untuk berubah
Aku hanya insan biasa dan lemah
Doakan diri ini supaya tetap istiqomah
Meniti hari-hari di jalan dakwah



Bicara Hati


Izinkan diri ini untuk berubah
Aku hanya insan biasa dan lemah
Doakan diri ini supaya tetap istiqomah
Meniti hari-hari di jalan dakwah

Inilah kejujuranku
Cintaku padamu tulus dan suci
Cintaku padamu sebening embun pagi
Cintaku padamu seputih melati
Cintaku padamu keluar dari dasar hati
Cintaku padamu seharum kasturi
Cintaku padamu betul-betul murni
Cintaku padamu berlandaskan din ini
Cintaku padamu kerana ingin menjaga kesucian diri
Aku mencintaimu kerana Allah
Tapi semua itu perlu bukti dan pengorbanan
Kerana itu cinta sejati
Keputusan dari-Nya lah sebagai keputusan yang paling tepat

“Dirimu adalah anugerah Tuhan untukku
Yang pasti kan kusyukuri dan selalu kan ku jaga”


wallahua'llam...


duduk2 bc blog orang...
tetiba hati terusik dengan entry ni...
walaupun copy n paste...
tp ia amat berharga
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Tiada cinta sebelum nikah.

No love before akad.

Cinta hanya selepas kahwin.

Dan bla bla bla bla bla….


Ayat yang seringkali aku baca, dan sering kali aku dengar.

Tetapi, aku tak pernah sama sekali setuju dengannya.

Kerana pada aku, cinta sebelum nikah itu ada.

Aku kira, yang patut tiada sebelum nikah adalah hubungan intim seperti suami isteri. Cinta, pada aku, sebelum nikah lagi memang sepatutnya perlu diwujudkan.

Oh, lainlah kalau definisi cinta kamu, telah kamu rendahkan dengan menganggap ‘bercinta’ itu adalah ‘bercouple, pegang-pegang tangan, berhubungan tanpa batas’ dan sekutu-sekutunya.

Maaf. Cinta aku mahal, dan tidak serendah itu.

Sebab itu cinta aku yang mahal itu, wujud sebelum bernikah lagi.

Cinta yang sebenar

Couple itu maknanya cinta? Hubungan intim lelaki perempuan yang bukan mahram tanpa batasan itu cinta?

Maaf. Jika kamu panggil itu sebagai ‘bercinta’, tandanya kamu telah menjatuhkan harga cinta. Untuk aku, itu semua bukan cinta. Cinta adalah suci. Bersih. Dan ianya membawa ke syurga.

Cinta mestilah dibina dari keimanan, dan dicari berlandaskan petunjuk Allah SWT.

Cinta adalah perasaan, yang wujud di dalam jiwa dan diterjemahkan dalam bentuk amal.

Melempar pasangan ke dalam neraka, dengan melanggar arahan-arahan Allah, itu bukan namanya bercinta. Walaupun kamu sering gunakan perkataan ‘cinta’ dalam hubungan kamu.

Cinta lebih suci dari apa yang kamu jangka.

Dan ‘cinta’ yang asli ini, tidak sepatutnya diharamkan sebelum bernikah.

Cinta sebelum kahwin


Kalau benar cinta kepada pasangan kamu, maka kamu akan menjaga diri kamu dari laranganNya. Kamu tidak akan melempar pasangan kamu ke neraka dengan mengajaknya bermaksiat kepada Allah SWT.

Kalau kamu benar cinta, kamu akan meminta petunjuk Allah dan berkira-kira. Kamu akan list pro dan kontra serta muhasabah kembali perasaan yang hadir di dalam diri kamu. Kemudian bila benar-benar sudah tetap hatinya, lanjutkan dengan lamaran tanda kamu benar-benar serius. Yang lelaki boleh terus kepada keluarganya, yang perempuan boleh menghantar wakil untuk bertanyakan lelakinya.

Tapi pastikan kamu benar-benar siap. Bukan istikharah semata-mata. Tetapi ada perancangannya juga. Perancangan dunia kamu, dan perancangan akhirat kamu. Ini kalau kamu benar-benar cinta.

Kamu berhubungan atas perkara yang sangat-sangat-sangat penting sahaja dan kamu tidak berlengah-lengah dalam meninggalkannya ketika urusan selesai.

Untuk lelaki, kamu bina hubungan yang erat dengan kedua ibu bapanya, dan adik beradik lelakinya, untuk berta’aruf dengannya.

Untuk perempuan, kamu bina hubungan yang erat dengan ibunya dan adik beradik perempuanya, serta saudara mara perempuan yang dia ada untuk berta’aruf dengannya.

Kamu siapkan diri kamu untuk menjadi suami@isteri yang baik untuk pasangan kamu. Kamu tekankan pada diri kamu untuk lakukan perubahan dengan memandang bahawa kamu mesti hendak membahagiakan pasangan kamu sebahagia-bahagianya. Dan apakah yang lebih bahagia dari mendapat keredhaan Allah dan masuk ke syurga bersama-sama?

Dan pantaskan urusan perkahwinan kamu. Jatuhkan dengan segera perkara-perkara yang menghalang perkahwinan kamu dari berlangsung dengan cepat. Itu satu tanda cinta.

Kalau kamu tanya akan cinta aku.

Maka cinta aku begitulah.

Kamu yang syok sendiri tanpa memahami cinta

Kamu-kamu yang bercouple dan memusnahkan erti cinta yang sebenar, aku terkilan dengan kamu.

Kamu-kamu yang bercinta dengan cara yang salah, aku terkilan dengan kamu.

Hal ini kerana, wujudnya kamu dan kesalahan kamu, membawa kepada orang-orang tertentu mengharamkan terus cinta sebelum wujudnya pernikahan.

Kamu-kamu yang mengharamkan terus segala jenis cinta sebelum nikah, aku juga terkilan dengan kamu.

Islam datang mengajar kita mengawal perasaan. Bukan menghapuskannya.

Jadi yang halal diharamkan hanya kerana ada yang salah menggunakannya.

Maka sepatutnya dididik bagaimana untuk bercinta dengan sebenarnya.

Apakah jika ada orang belajar untuk membuat nuklear dan mengebom sesebuah tempat, maka ‘belajar’ itu diharamkan dan matapelajaran ‘nuklear’ itu patut diharamkan?

Semestinya tidak.

Apakah apabila Allah menimbulkan rasa cinta di dalam jiwa seseorang, kamu hendak menyalahkan Allah atas perasaan cinta yang Dia munculkan?

Maka sepatutnya kamu, membina satu garis yang jelas. Antara cinta, dan ‘cinta’.

Bukan hanya syok sendiri dengan ‘cinta suci’ buat ‘golongan kamu’ sahaja.

Aku tidak menghalalkan yang haram, juga tidak mengharamkan yang halal

Aku di sini bukan hendak menghalalkan yang haram. Aku nyatakan di sini, couple dan segala apa yang Allah larang, untuk aku itu semua bukannya cinta. Justeru apabila aku katakan cinta, couple tiada kaitan dengannya. Keluar berdua-duaan tiada kaitan dengannya, bergayut dalam telefon tiada kaitan dengannya. Sms-sms tak ada makna, atau sms-sms ‘tazkirah bohong’ tak ada kena mengena. Salut-salut nama ‘dakwah’ untuk meng’halal’kan perhubungan juga tak ada kena mengena.

Cinta yang aku kata ini, bebas dari semua itu.

Aku juga tidak akan sesekali mengharamkan yang halal. Sebab itu aku berdiri di sini dengan pegangan ini.

Untuk aku, yang halal bila disalah guna, benar ia menjadi haram.

Maka masalah di sini bukanlah yang halal itu.

Masalah di sini adalah ‘pengawalan’ itu.

Sekelompok manusia yang gagal mengawal, itu bukan bermakna ia haram untuk semua manusia. Lainlah perkara itu jelasnya haram secara qat’i, sebagaimana arak. Walaupun mungkin sekelompok sahaja yang mabuk, tetapi ia tetap haram kepada semua.

Cinta yang hakiki, bukannya arak!

Lihatlah dia, lihatlah kesederhanaannya


Ustazku pernah satu hari membicarakan hal perkahwinan dan hubungan sebelum kahwin di dalam kelas. Keluar dari pelajaran kami yang sebenarnya pada hari itu.

Lihatlah antara soalan yang muncul, dan bagaimana sederhananya jawapan dia.

“Ustaz, boleh ke kata cinta pada tunang kita?”

“Boleh, tapi kena benar-benar dengan cinta yang betul la. Bukan main-main”

Maka aku terjemahkan ‘benar-benar dengan cinta yang betul,’ itu, adalah apabila ia dipandu keimanan, di atas syara’, dan kena pada keadaan serta keperluan pengucapan itu. Bukan diucap atas dasar nafsu, atau semata-mata kerana rindu, atau kerana ingin bermanja-manjaan.

“Ustaz, boleh ke nak jumpa tunang?”

“Boleh, tapi kenalah bawa keluarga sekali. Ajak mak ayahnya makan bersama ke. Masa tu jumpa la.”

Bukannya tidak dibenarkan berjumpa langsung.

Tetapi ada caranya. Ada ketikanya. Ada adabnya.

Ustaz mengajar aku, untuk tidak mengharamkan sesuatu yang halal, tetapi melihat apakah yang membawa kepadanya menjadi haram, dan membasmikan masalah itu.

Dan jawapan-jawapannya adalah jawapan yang menyenangkan jiwa. Lihatlah uslubnya.

“Boleh…” Mendengar jawapan ini terlebih dahulu, jiwa jadi lapang. Oh, Islam ini tidak berat ya…

“Tapi kenalah…” Dan syarat selepas itu menjadi ringan untuk dilakukan kerana hendak mencapai ‘boleh’ tadi.

Ustaz secara tidak langsung, menundukkan nafsu pada kawalan syara’ hanya dengan jawapannya yang mudah itu. Dan jawapannya sesuai untuk umum. Bukan hanya untuk orang dakwah sahaja, bukan hanya untuk yang tidak belajar agama sahaja. Jawapannya betul untuk semua.

Dan aku hidup dengannya, menyerap segala didikannya, jadilah aku sebagai aku.

Dan jadilah cinta aku seperti ini.

Penutup: Kamu, jangan murahkan cinta, dan memandang rendah kepadanya

Kamu, jangan murahkan cinta dan memandang rendah kepadanya.

Jangan kamu salahkan cinta kerana kesalahan-kesalahan kamu atau orang lain.

Kalau kamu lemah hendak mengangkat cinta pada pundakmu, maka kuatkanlah dirimu itu. Bukan memandang rendah orang lain, atau meyalahkan orang lain, yang bercinta dengan cintanya yang betul.

Aku tidak mewajibkan cinta sebelum nikah. Tetapi yang aku ingin jelaskan di sini adalah, jika ia wujud, maka itu bukan satu kesalahan. Yang perlu adalah pengawalan agar ia tidak keluar dari definisi cinta yang sebenar.

Definisi cinta aku adalah = ingin masuk syurga bersama.

Apakah cinta kalau melempar pasangan ke neraka?

Untuk aku, inilah dia kefahaman aku. Inilah dia cinta aku.

Oh ya, dan aku belum bernikah.

panduanislam.com




bagaimana cintamu?
kau sendiri yang tahu
nilai la dgn iman dan mata hatimu
tapi walau siapa pun cinta kita
cinta ALLAH,RASULULLAH n IBUBAPA
cinta utama

mutiara kata

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Yang paling besar di bumi ini bukan gunung dan lautan, melainkan hawa nafsu yang jika gagal di kendalikan maka kita akan menjadi penghuni neraka. (Imam Al Ghazali)

Barang siapa berhasil menundukan hawa nafsunya, maka dia akan berbahagia dan memperoleh kemenangan. Sebaliknya, barangn siapa yangdi kalahkan oleh hawa nafsunya, maka dia menderita kerugian dan celaka. ( Nasihat Orang Arif dan Bijak)

jadikan cintamu lebih mahal dr emas permata
kau pasti dihargai
insyaALLAH



Waallahulam…

NOTA CINTA

duduk-duduk sebentar setelah penat menelaah pelajaran sambil mendengar alunan nasyid...
tiba-tiba bagai tersentuh apabila menghayati lirik lagu nota cinta nyanyian kumpulan saujana...

muHaSabAh dIRi
bagaikan diri ini begitu kerdil kerana sering melupakan DIA
terasa diri begitu hina kerana tidak menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmat yg dikurnia...

YA ALLAH JADIKAN LAH AKU SEORANG HAMBA YANG BERSYUKUR DENGAN NIKMATMU
YA ALLAH JADIKANLAH AKU SEORANG HAMBA YANG SENTIASA MENGINGATIMU
YA ALLAH JADIKANLAH AKU SEORANG HAMBA YANG SENTIASA MEMPERBAIKI AMALANKU PADAMU
YA ALLAH HANYA KAU LAH YANG AKU SEMBAH DAN HANYA PADA MU KU MEMOHON PERTOLONGAN
AMIN

kAtA hATi


NOTA CINTA by SAUJANA
Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Chorus:
Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-Nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

kasih ayah sepanjang masa
kasih ibu bw ke syurga...




Ibu kau ratu hatiku
Ibu kau ratu sanubari
Ibu sumber Inspirasiku
Ibu luahan cinta dan sayangku
Ibu kau tautanku
Ibu segala2nya untukku






kasihmu hingga akhir hayatku
hanya mampu ku luahkan



Maaf Ibu,
Kadang2 kulupa memikirkanmu
Kerana sering memikirkan diriku
Kadang2 aku tidak membantumu
Kerana sering bergelut dengan kesibukkanku
Kadang2 aku pergi meninggalkan rumah dan ibu
Kerana sering pergi dengan teman-temanku
Kadang aku jarang bicara denganmu
Kerana sering berhadapan dengan laptop dan tv

Tapi kini, ku sedar... Ibu
Di hati dan fikiranku hanya kau Ibu
Betapa ku memerlukan bantuan Ibu
Betapa aku selalu ingin menemani mu walau ke manapun ibu
Betapa aku pun ingin selalu mencurah rasa hati padamu mengenai masalahku
Betapa aku perlukan perhatian dan sayang Ibu di saat sakitku
Betapa aku pun inginkan bahumu di saat tangisku

Maafkan aku Ibu
Aku manusia yang tak sempurna, yang selalu punya dosa dan membuatmu terbeban olehku
Hingga kadang2 Ibu menangis dan Jarang tersenyum kerana terluka
Tapi….
Aku yakin akan satu Hal
Doa Ibu, boleh merubah dan menjadikan aku seorang yg berjaya dan berguna untuk ibu atau siapa pun
Dan yang terpenting
Aku selalu sayang Ibu
SELALU…..


dari diriku...


istimewa buat ibuku satiah binti maidin...
dan semua emak, ibu, ummi, mama, mummy,
walau apapn panggilan buatmu
kasihmu membawa ke syurga
insyaALLAH...

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP