Featured Posts


pERkAHwInaN



KAHWIN???
CERAI???
petang tu seorang sahabat jauh diselatan telefon dan tanya

NIZA MACAM YE KALAU DA CERAI TAPI DALAM TEMPOH EDDAH SI SUAMI BERCAMPUR DENGAN SI ISTERI... TU DAH KIRA RUJUK KE?
>>>dalam hati tersentak dan takut sangat nk beri jawapan...sebab saya pon x melangkah lagi ke alam itu...tp x pe...sy pun minta tempoh untuk beri jawapan malam itu...aduh fening2 persoalan yg diajukan. tp sebagai seorang sahabat sejak dibangku sekolah(walaupun masa majlis perkahwinan x diundang>>>huhuhu) pasti saya akan bantu...

saya telefon bonda tercinta minta pendapat...saya telefon kakak angkat tersayang di kluang,johor menagih sedikit ilmu...saya cr di blog dr suzana, perunding keluarga bahagia...cari...cari...dan cari.......
dan akhirnya saya dapat la ilmu sedikit mengenai perceraian dan tempoh eddah...
sedikit perkongsian...

Rujuk dan Nikah Semula
Al-Quran banyak memberikan gambaran yang indah tentang hubungan perkahwinan (lihat: al-Baqarah ayat 187 dan al-Rum ayat 21) di mana pasangan suami isteri menjadi pakaian antara satu sama lain dan dijadikan pula pasangan itu tempat untuk bersenang-senang dan mendapat ketenangan. Ikatan zahir dan batin yang begitu kuat ini pastinya menjadikan perpisahan antara kedua-duanya sangat sukar sekali apatah lagi jika perpisahan itu akibat kematian.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 228 bermaksud: “Dan suami-suami mereka lebih berhak untuk mengambil kembali (rujuk) akan isteri-isteri di dalam masa eddah itu jika mereka bertujuan mahu membuat perdamaian.”
Di dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka apabila mereka telah mendekati akhir eddah, rujuklah mereka dengan cara yang makruf (baik) atau ceraikan mereka dengan cara yang makruf (baik).” - surah at-Talaq ayat 2. Ayat-ayat ini jelas menunjukkan rujuk merupakan hak yang diberikan oleh Islam kepada bekas suami untuk melanjutkan ikatan perkahwinannya dengan bekas isteri yang telah diceraikannya sebelum habis waktu eddah isteri. Ingat!! Rujuk hanya boleh berlaku dalam tempoh eddah dan bukan selepasnya.
Tempoh-tmpoh Eddah
Tempoh-tempoh eddah adalah berbeza mengikut jenis perceraian dan keadaan wanita yang dibubarkan perkahwinannya itu. Bagi wanita yang hamil, tempoh eddahnya ialah tamat tempoh kandungannya itu sama ada secara kelahiran biasa atau keguguran, tak kiralah wanita hamil ini diceraikan atau kematian suami.
Bagi wanita yang masih didatangi haid dan rutin haidnya adalah normal, tempoh eddahnya ialah sebanyak tiga kali suci. Firman Allah s.w.t, maksudnya: “Perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama tiga kali quru’ (suci).” (al-Baqarah 2:228). Jika dia diceraikan ketika suci dari haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja datang haid yang ketiga.
Contoh: Diceraikan dalam keadaan suci (Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 > Haid 2 > Suci 3 > Haid 3- iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula.
Jika dia diceraikan ketika haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja kedatangan haid yang keempat.
Contoh: Diceraikan ketika haid (Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 > Haid 3 > Suci 3 > Haid 4 -iddah habis sebaik sahaja haid 4 bermula.
Bagi wanita yang haidnya tidak normal, telah putus haid atau belum kedatangan haid maka eddahnya ialah tiga bulan. Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira iddah dari hari perceraian hinggalah cukup tiga bulan Qamariyyah. Perlu diingatkan, tempoh 3 bulan ini tidak semestinya 90 hari. Hal ini kerana dalam kalender Islam, ada kalanya jumlah hari sebulan ialah 29 hari dan ada kala berjumlah 30 hari. Tetapi tiada yang berjumlah 31 hari!
Firman Allah s.w.t. (maksudnya): “Perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus haid mereka, jika kamu ragui tentang tempoh masa idah mereka, maka masa idah mereka ialah selama tiga bulan. Begitulah juga idah perempuan-perempuan yang belum datang haid.” (al-Talaq 65:4).

Dr. Abd al-Hamid al-Majali, Universiti Mu’tah, Jordan (ArabLawInfo.com: 2002) menyatakan bahawa iddah antara lain dapat memastikan rahim wanita bersih dari benih suami, mengenang kebaikan dan keindahan hidup bersama suami, menzahirkan kesedihan atas pemergiannya, memelihara kehormatannya serta mengelakkan fitnah. Wanita ialah makhluk tuhan yang dianugerahkan dengan roh dan jasad. Dalam keadaan yang sangat sukar selepas kematian suami, wanita memerlukan masa untuk membiasakan dirinya dengan kehidupan baru yang pastinya jauh berbeza dengan kehidupan semasa suaminya masih hidup.
Bagi wanita yang kematian suami dan dia tidak hamil, eddahnya ialah empat bulan sepuluh hari. Disebutkan dalam ayat 234 Surah al-Baqarah “...dan bagi perempuan yang kematian suami di antara kamu dan kemudiannya mahu berkahwin maka hendaklah dia menahan dirinya (beriddahh) selama empat bulan dan sepuluh hari”. Sekiranya seseorang wanita kematian suami dan dia pula sedang hamil, eddahnya ialah melahirkan anak kandungan tersebut ataupun keguguran, seperti yang telah saya jelaskan di awal tadi. Namun, bagi perempuan yang baru dinikahi atau telah lama bernikah tetapi tidak pernah disetubuhi suaminya kemudian diceraikan oleh suaminya itu, perempuan itu tidak perlu bereddah. Sebaliknya, sekiranya suaminya itu meninggal dunia walaupun tidak pernah disetubuhi oleh suaminya, dia wajib bereddah selama empat bulan sepuluh hari.
Sekiranya tempoh eddah telah tamat, tiada lagi rujuk sebaliknya pasangan bercerai yang ingin kembali hidup sebagai suami isteri hendaklah melakukan akad nikah baru. Bermaksud, lakukan proses permohonan nikah sama seperti perkahwinan sebelum ini.
Apakah Cerai dan Rujuk Harus Ada Saksi?
Tidak ada seorang muslim pun yang ingin kehidupan rumah tangganya pecah. Segala cara dan kiat dicari untuk mempertahankan bahtera rumah tangga. Apabila tidak mungkin berbaikan kecuali dengan berpisah, maka apa boleh buat, langkah yang sulit dan getir itu pun harus diambil. Islam memberikan aturan yang indah dalam kasus ini dengan mensyariatkan talak (perceraian), rujuk (damai kembali bersatu), dan masa iddah menjadi tiga: dua dengan rujuk, yaitu talak satu dan dua serta satu tanpa rujuk, yaitu talak tiga atau talak ba’in, sebagaimana firman Allah,
الطَّلاَقُ مَرَّتَانِ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ
“Talak (yang dapat dirujuk) itu sebanyak dua kali. Setelah itu, boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik.” (QS. Al-Baqarah:229)
Para ulama sepakat bahwa keberadaan saksi tidak disyariatkannya dalam perceraian, sebagaimana dijelaskan Imam Asy-Syaukani dalam kitab Nail Al-Authar, 6:267. Namun, para ulama masih berselisih tentang kewajiban adanya saksi dalam rujuk. Pendapat yang rajih dalam hal ini adalah yang berpendapat bahwa saksi tidak wajib ada, namun bila ada saksi maka itu yang lebih baik.
Para ulama, yang tidak mewajibkan saksi dalam rujuk, berselisih pendapat dalam cara rujuk yang diakui syariat. Ada yang menyatakan bahwa cukup dengan berhubungan suami-istri, ada yang menyatakan bahwa harus dengan niat rujuk, dan ada yang menyatakan bahwa harus dengan ucapan. Pendapat yang rajih adalah bahwa rujuk dikatakan sah dengan adanya perbuatan atau perkataan yang menunjukan rujuknya kedua pasutri tersebut, baik dengan hubungan suami-istri atau perkataan. Hal tersebut menyelishi opini sebagian kaum muslimin bahwa rujuk memerlukan prosedur yang berbelit-belit, sehingga orang yang berkeinginan rujuk malah tidak jadi melakukan rujuk hanya karena prosedur tersebut.
Islam mensyariatkan iddah (masa menunggu) agar sang suami dapat meralat kembali talaknya, setelah hilang rasa marah dan tidak sukanya lalu muncul perasaan ingin memperbaiki bahteranya. Oleh karena itu, sang suami dilarang mengusir istrinya dari rumah, dan istri yang dicerai dengan talak satu atau dua tersebut juga tidak boleh pergi untuk tinggal di luar rumahnya. Hal ini jelas ditegaskan Allah dalam firman-Nya,
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاء فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِن بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَن يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَلِكَ أَمْراً
“Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan istri-istrimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar), hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah, Rabbmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) keluar, kecuali kalau mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang. Itulah batasan-batasan dari Allah. Barang siapa yang melanggar batasan-batasan Allah, sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui bahwa barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru.” (QS. Ath-Thalaq:1)
Apabila Allah berikan rasa ingin rujuk pada hati sang suami dalam masa iddah tersebut maka sang istri wajib menerimanya walaupun ia tidak suka. Namun, bila tidak ada rujuk sampai habis masa iddah-nya maka sang wanita menjadi bebas dan tidak ada keterikatan dengan suaminya terdahulu itu.
Jika keduanya sepakat untuk kembali bersatu setelah itu maka pernikahan yang baru wajib untuk dilakukan . Hal ini merupakan kesepakatan para ulama, sebagaimana pernyataan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari, “Para ulama telah bersepakat bahwa bila lelaki yang merdeka mencerai wanita yang merdeka setelah berhubungan suami istri, baik talak satu atau dua, maka suami tersebut lebih berhak untuk rujuk kepadanya walaupun sang wanita tidak suka. Apabila tidak rujuk sampai selesai masa iddahnya maka sang wanita menjadi orang asing (ajnabiyah), sehingga tidak halal baginya, kecuali melalui pernikahan baru.”




mmm betulkanlah kalau ada yang silap ya...kursus kahwin pun x pergi lagi da panadai nak nasihatkan orang...hehehe
tp x pe...ILMU ALLAH ITU LUAS...
P/S :pergi Jabatan Agama Islam ye tanya lebih lanjut
sebab pernah dengar dan baca:
>Mazhab Imam Syafiee=rujuk perlukan lafaz dan saksi
>Mazhab Lain-lain= bila suamida 'campur' isteri kira rujuk
=)
kepada sahabat2 saya yang dah kahwin AWAL
jadilah seorang ibu/ayah yg soleh agar dapat melahirkan anak2 yg soleh/solehah
apa pun yg berlaku kembalilah kepada ALQURAN dan SUNNAH
TALAK suatu ynag HALAL tp amat DIBENCI ALLAH...nauzubillah...
DOAKU SEMOGA KALIAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT dan MENDAPAT RAHMAT YANG ESA
insyaALLAH...

HANIZAH BINTI SAMAT!!!>>>kembali buat rujukan utk FINAL EXAM...3paper lagi...bittaufiq wanajah...insyaALLAH
wallahua'llam

0 comments:

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP