Featured Posts


JANJI


الرَّحِيْـــــمِ الرَّحْمَنِ اللهِ سْــــــــــــــمِ

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Pengasih...

Agak lama entry ini tdak disentuh kerana kesibukan perjuangan di medan peperiksaan dan seterusnya mengisi masa-masa yang ada bersama insan yang dirindui di kampung halaman...tika meniti hari-hari yang penuh duri dan bunga kehidupan...terasa masa semakin laju meninggalkan kita. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun. Itulah hakikat masa dan peredaran umur kita.

Demi masa sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang menyeru kepada kebenaran dan mereka yang menyeru dengan kesabaran “( Al –Asr :1-3)

Tanyalah pada diri, adakah kita telah memaksimumkan masa yang telah berlalu dengan perkara-perkara yang memberi pulangan dunia semata-mata atau untuk dunia dan juga akhirat?  Hadis Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah r.a.

“ Diantara tanda kebaikan keIslaman seseorang ialah meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya “

mmm...dan topik entr pada kali ini bercerita tentang janji...jom kongsi...

 
J.A.N.J.I

Janji adalah suatu perkara yang sering kali diucap namun berat untuk ditunaikan. Berapa ramai diantara kita yang mudah melafazkan janji tapi tidak pernah untuk menepatinya? Tidak kiralah janji itu dari seorang ibu/bapa kepada anaknya, pemerintah kepada rakyat, kawan kepada kawan atau sebaliknya dan sebagainya.


Di dalam Al-Quran juga ada menegaskan dan memerintahkan supaya kita memenuhi janji. Firman Allah, “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya….” (An-Nahl: 91)
Allah SWT juga berfirman, “Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dimintai pertanggungjawabannya.” (Al-Isra`: 34)

Tanda- tanda orang munafik

“Tanda-tanda munafik ada tiga; apabila berbicara dusta, apabila berjanji mengingkari, dan apabila dipercaya khianat.” (HR. Muslim)

Menepati janji adalah sebahagian daripada iman. Andai janji dimungkiri maka akan merosakan hati. Nauzubillah.....Walaupun kita berjanji dengan orang kafir sekalipun, kita perlu menepatinya kerana itu hak mereka. Kenapa saya katakan begitu? Jom kita semak AL-Quran surah At-Taubah ayat 4 yang bermaksud Kecuali orang-orang musyrikin yang kamu telah mengadakan perjanjian (dengan mereka) dan mereka tidak mengurangi sesuatu pun (dari isi perjanjian)mu dan tidak (pula) mereka membantu seseorang yang memusuhi kamu, maka terhadap mereka penuhilah janjinya sampai batas waktunya. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.” Dalam hadis pun ada menegaskan bahawa “Dan kaum muslimin (harus menjaga) atas persyaratan/perjanjian mereka, kecuali persyaratan yang mengharamkan yang dihalalkan atau menghalalkan yang haram.” (Shahih At-Tirmidzi).
::Hadis ini menyatakan kalau perjanjian itu perjanjian maksiat maka tidak perlu dilaksanakan.

Janji dengan anak kecil.

Dari pengalaman saya sendiri, saya pernah ditegur emak apabila menyatakan janji pada anak buah. Mak kata “ janji tu jangan janji saja-saja...dosa”. Bila difikirkan betullah apa yang dikatakan itu. Kanak-kanak selalunya menjadikan orang disekeliling sebagai “role model” untuk menjalani kehidupan mereka. Contohnya, jika si anak kecil dijanjikan bermacam-macam perkara oleh ibubapa tapi tidak dipenuhi, maka disini ibubapa tadi telah mengajar anaknya untuk tidak menepati janji. Kesannya akan terus-menerus dalam jangka masa yang panjang iaitu sepanjang hidupnya. Beginilah sikap kebayakan masyarakat yang sering bermain janji dengan anak kecil namun tidak dipenuhi seterusnya melahirkan generasi yang semakin kurang berkualiti.


Al-Imam Abu Dawud r.a telah meriwayatkan hadits dari shahabat Abdullah bin ‘Amir r.a dia berkata: “Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.” (HR. Abu Dawud)

Sebelum berakhir pena...
Nabi SAW bersabda (yang ertinya): “Jagalah enam perkara dalam dirimu niscaya aku jamin bagi kamu syurga; jujurlah bila berbicara, tepatilah jika berjanji, tunaikanlah apabila kalian diberi amanah, jagalah kemaluan, tundukkanlah pandangan dan tahanlah tangan-tangan kalian (dari sesuatu yang dilarang). (HR. Ahmad)

BicaraHati
Indahnya wajah Islam yang menjunjung tinggi etika dan adab pergaulan. Untuk jadikan Islam itu indah lagi, jadilah kita umat yang terindah yang dihiasi akhlak Islamiyah...insyaALLAH...

Wallahua’llam.

BILA IBU kata dia TERINGAT, kita jawab kita SIBUK sangat..
BILA AYAH kata dia RINDU, kita jawab NANTIlah hujung minggu..

BILA IBU minta kita PULANG, kita jawab kita BELUM LAPANG..
BILA AYAH minta kita SINGGAH, kita jawab kerja kita BELUM SELESAI..

BILA HATI kita terGURIS, kita kata ..." MAK memang tak pernah FAHAM... "
BILA HATI kita terHIRIS, kita kata ..." AYAH memang tak ambil KISAH... "

AKAN TETAPI...

BILA HATI IBU kita terGURIS, kata IBU ..."Tak apa , dia masih MUDA... "
BILA HATI AYAH kita terHIRIS, kata AYAH .."Tak mengapa, belum sampai AKALnya.."

BILA kita MENANGIS tanda LAPAR, IBU berLARI bagaikan hilang KAKI...
BILA kita MERINTIH tanda DERITA, AYAH berSENGKANG MATA bagaikan tiada LENA...

Bila kita SEDIH kerana GAGAL, IBU SETIA memBEKALkan CEKAL...
Bila kita PILU kerana KECEWA, AYAH TEGUH berkata dia tetap BANGGA...

-----------------------------------------------------------------------------------
Maka, HARGAIilah dan SAYANGIlah selagi mereka masih ada di DUNIA,,
ANAK yang SOLEH tidak akan meLUPAkan IBU BAPAnya walaupun di hujung DOAnya,,
Maka perBANYAKkanlah BERDOA kepada mereka..."-)
 
Bicarahati... 
perkongsian dari seorang teman...menitis airmata tatkala teringat ayah bonda...bagaimana hati meraeka yang membiar ibu bapa tanpa terbela?bagaimana meraka yang membiar ibu bapa tanpa penjagaan sempurna...ibu dan ayah kita tidak meminta lebih hanya sedikit perhatian dan kasih sayang...kerana apa?kerana mereka telah memberi lebih daripada itu untuk kita...

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP