Featured Posts


Kenapa Aku Masih Solo?

Assalamualaikum...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Mulakan hari ini dengan basmallah dan senyuman...semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat dan kurniaannya...

Pagi yang indah di kampung halaman...dengan udara yang segar...kicauan burung menyanyi riang...gelak tawa anak buah...gurauan kakak dan adik...kata hikmah ayah dan bonda...membuat diri ini bersyukur teramat sangat kerana dikelilingi dengan keindahan dan kebahagiaan dunia yang pasti akan ditarik nikmatnya suatu masa nanti...

Subhanallah, Alhamdulillah,Allahuakbar...

Persoalan yang sering ditanya...bila nak makan nasi minyak?...kakak sudah, adiknya ni bila lagi?...belajar pon x pe niza, boleh kahwin?...tet.............huhuhu selalunya senyuman sahaja mampu diungkap sebagai jawapan...bonda tercinta pula sering beri jawapan...dia nak belaja lagi, biarlah...hehehe...sayang mak...

Kenapa isu ni timbul dibenak hati pagi2 begini???hehehe sebenarnya saja nak kongsi artikel dari www.iluvislam.com ...jom kita baca...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Sekian...wallahua’llam...

Muhasabah Diri

Kaya Dan Miskin


Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia begitu miskin, pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, “Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya”. Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT”. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, “Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja”. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.

Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, “Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu. Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, “Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT”. “Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT? Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mengsyukurinya”, jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya.

Kemudian ditakdirkan si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatanNya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua karena ia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.

Wallahua’lam


Doa

Doa ketika menyapu tangan ke muka selepas solat:
"Allahummazhab 'anil hammi wal hazan"
Ya Allah,jauhkanlah wajahku ini daripada rupa sedih dan gelisah





sesuci CINTA...

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

sumber:

http://facebook.com/FikirFikri
ni blog beliau...best gak n yang penting banyak ilmu yang boleh dikongsi bersama insyaALLAH... http://permata-fikrillah.blogspot.com

wallahua’llam


السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

malam ni insyaALLAH akan berlaku gerhana bulan...so jom kita ramai memperbanyakkan zikir memuji kebesaranNYA, bersedekah dan mendirikan solat sunat sebagaitanda kita bersyukur dengan rahmat dan keagungan Allah Yang Maha Besar...JOM KITA PERTINGKATKAN AMALAN KITA BERSAMA...INSYAALLAH...

HUKUM SOLAT GERHANA

Sunat Muakkad ( مؤكدة)

CARA-CARA SOLAT

Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA

Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :

Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi

gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat

malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua

rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu. Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Waktunya

Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

Tempat Solat

Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA

1. Disunatkan mandi sebelum solat.

2. Berdiri lurus mengadap kiblat.

3. Berniat mengerjakan solat gerhana.

(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

4. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.

5. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.

6. Baca al-Fatihah dan Surah.

7. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).

8. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.

9. Baca al-Fatihah dan Surah.

10. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.

11. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.

12. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.

13. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah(seperti

khutbah Hari Raya).

INGATAN :

1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau

rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah

menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin

Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).

3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara

perlahan ( سر ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya

dilakukan dengan suara yang nyaring.(جهر)

Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

wallahua'llam...=)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Andai kau tahu. aku juga harap kau tahu.
Aku mengharapkanmu menjadi teman hidupku

Namun aku tidak boleh menjamin apa-apa.
Bukan aku yang menulis di lauh mafuz sana. tapi DIA.
DIA ,Allah yang menjadikan dirimu dan diriku, di tanganNya itu sudah tertulis takdir kita yang kita tidak ketahui.

InsyaAllah Jodoh tidak akan lari jika sudah memang ditakdirkan kita bersama
Biarpun beribu bidadari datang melamar ku,
InsyaAllah dirimu tetap untukku,
Jika itu yang Allah kehendaki.

Jodoh itu seperti rezeki.
Dan ku amat berharap dirimulah akan menjadi rezeki terindah dari Allah buatku..
Namun ku insan yang tiada daya dan upaya melainkan kekuatan yang segalanya datang dariNya

Ku mohon sungguh Ya Allah,
Kuatkanlah imanku dan imannya..
Jika dia benar untukku,
Maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya di jalan Mu,
Jika dia bukan untukku,
damaikanlah hatiku dengan ketentuan Mu...

amin YA ALLAH....


wallahua'llam

Coretan Hati

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠
♥╔╗──♥╔══╗♥╔══╗╔══╗♥╔══╗♥
♥║║──♥║╔╗║♥╚╗─╚╝─╔╝♥║═╦╝♥
♥║╚═╗♥║╚╝║♥─╚╗──╔╝─♥║═╩╗♥
♥╚══╝♥╚══╝♥──╚══╝──♥╚══╝♥
✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰ ◠◡◠✰◠◡◠

Agak lama juga Dewasa yang mendewasakan.

Kebelakangan ini, banyak perkara, peristiwa, kejadian yang mengajar diri ini erti kedewasaan. Namun, dalam mempelajari erti kedewasaan itu terselit juga unsur-unsur keanak-anakkan. Itulah, dewasa yang mendewasakan. Jika tiada sifat keanak-anakkan itu, bukanlah menginjak dewasa namanya.

Kita akan diuji dengan apa yang kita kata.

Wahai diriku, beringatlah. Lakukan sesuatu hanya dengan keredhaanNya. Pinta sesuatu hanya padaNya.

Sudah dipinta, harus berusaha.

Sedang berusaha harus yakin.

Setelah yakin harus bertawakal.

Sudah ternyata...segala yang datang dan kembali hanya daripadaNya. Beringatlah wahai diriku. Ya, kita yang merancang. Kita yang mengatur langkah di bumi ini sendiri. Tetapi Allah yang tentukan. Beringatlah wahai diriku. Setiap apa yang disusun dan diberi petunjuk adalah tanda DIA sayangkan kita. Bersyukurlah wahai diriku. DIA mahu kita ingat DIA selalu. Bila gembira syukur padaNya. Bila susah, mengaadulah padaNya.

Jangan salahkan DIA hanya kerana takdir yang telah ditetapkan olehNya. Jalan aturan sememangnya ditetapkan, terpulang kepada cara dan etika kita menyusurinya. DIA sentiasa mahukan yang terbaik buat kita.

Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Jika mahu dihargai, harus menghargai diri sendiri dahulu.

Mengertilah...

Dari Abu hurairah r.a sabda Rasulullah s.aw."Redhalah dengan pemberian Allah nescaya kamu akan menjadi manusia yang kaya hatinya."

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu teralah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Hayati dan renunginya...

سبحان الله والحمد لله و لا اله الا الله و الله أكبر
══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯)
╚══`.¸. ALLAH

Wallahuallam

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta


http://anizyn.blogspot.com



selingan dari hati buat seorang sahabat
***SELAMAT HARI LAHIR
buat Muhammad Usman bin Baderul Hisham
semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia dalam rahmat dan keredhaanNYA
=)



wallahua'llam...

Solat Istikharah

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم



Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara.

Cara Solat Istikharah
Niat Solat Istikharah

Sahaja aku mengerjakan solat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Rakaat pertama
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Bacaan yang di anjurkan pada sujud terakhir
Subhanakallah ‘ilmalana illa ma ‘al lam tana innaka antal ‘alimul hakim

Doa selepas solat Istikharah


Allaahumma inni astakhiiruka bi'ilmika , wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata'lamu wa laa a'lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama'aasyii wa 'aaqibati amrii, 'aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma'aasyii wa 'aaqibatu amrii 'aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni 'anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka 'alaa kulli syai-in qadiir

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engkau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini ........baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku.
Dan apabila Engkau mengetahui urusan ini........ buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"


wallahuallam

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP