Featured Posts


Ujian dan Syukur

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullah....Alhamdulillah...pagi yang tenang dan mendamaikan...semalam seharian hati gelisah dan mata letih...namun apabila memuhasabah diri...terungkap indah satu kata:
 
Ujian Allah manis jika kita Ikhlas...
subhanallah...alhamdulillah...lailahailallah...allahuakbar
 
SUJUD SYUKUR 
Allah berfirman yang bermaksud 
"……………………….Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
(Surah Luqman : 12)

dan Rasulullah SAW bersabda

"Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT."
( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Alhamdulillah dipermudah segalanya...ALLAH MAHA BESAR...sesuatu tidak akan berlaku pada diri kita andai bukan dengan izin dariNYA...
 
BicaraHati  
:: Ujian itu TArbiyyah Allah, maka Redakanlah hatimu kerana disebaliknya tersembunyi 1001 hikmah yang sukar ditafsir::
 
Wallahua'llam
 



Assalamualaikum wbt...
alhamdulillah...syukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana masih dikurnia nikmat iman dan diberi peluang untuk menempuhi hari-hari yang penuh dengan warna-warna kehidupan...Semoga kita sentiasa dalam rahmatNYA...


termenung seketika mengingati langkah-langkah kehidupan yang telah ditinggalkan...
>>>menanti surat panggilan universiti...dan seterusnya bermula perjalanan sebagai seorang mahasisswi...seterusnya melalui hari-hari dengan airmata kerana terpaksa berpisah dengan keluarga dan hingga hari ini...alhamdulillah Allah permudahkan segalanya sehingga tinggal beberapa langkah untuk mengecapi kejayaan InsyaALLAH...

semoga kita berjaya, bahagia dan berjaya dunia akhirat...insyaALLAH...

sahabat yang dikasihi...
terima kasih kerana menerima diri ini tika duka dan bahagia...
sahabat-sahabat usrah...arnida hayati,siti fatimah amira, suzaimah, rohaidah, shakila....dan kepada kak naqibah kami tahniah kerana selamat menjadi pengantin baru...terima kasih kak kerana menasihati kami dan memberi dorongan untuk kami lebih percaya diri....terima kasih dan lagu kat atas tu utk korang...

BicaraHati.
entry kali ni khas buat sahabat saya 
 (¯`´¯) ..•*¨`*♫♥~♥
  *.¸.•´♥ ✿ sayang awak semua

Wallahua'llam

Buat Dia...


Biar dia SALAH SANGKA... Biar dia SALAH ANGGAP... Biar dia SALAH MENDUGA... Biar dia TAHU YANG BURUK... Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini...

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN...

Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak...


Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim. 

Ibu itu berpesan, “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” 
Setelah disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah kambing kepada ibu itu. 

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing. Kali ini dia berpesan agar dikirimkan bahagian yang terbaik daripada kambing itu. 
Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. 

“Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan dikirimkan bahagian yang sama ketika saya memesankan bahagian yang terbaik?” tanya ibu tersebut kepada Luqman. 

Luqman menjawab, “Hati dan lidah amatlah baik ketika ia baik dan menjadi buruk apabila keduanya buruk.”  

Mendengar jawapan tersebut, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman. Hati dan lidah itu adalah tunjang segala kebaikan dan juga ibu kejahatan serta keburukan.

BicaraHati
Jagalah Lidah dari Bahaya-bahaya lisan dan jaga hati dari segala penyakit hati.

wallahua'llam..

Bisikan Hati

بسم الله الرحمن الرحيم 


Dalam bening hitam
aku menanti senja turun
Layu gemalai isi hati teringatkan dia
Rangkaian malam menutupkan liang-liang dingin
Sedingin hatiku sesejuk jiwa
Ucapan selamat malam bukan pada kamar
Tetapi untuknya jauh dimata dekat dihati
Bukan ku harap mimpi akan dirimu
Namun perasaan ini datang mengganggu
Semoga rasa rindu ini tidak melebihi rasa rinduku pada YANG ESA

Mereka yang ku rrindu



Life


بسم الله الرحمن الرحيم 

Life is a book. 
Everyday has a new page with adventures 
to tell things, to learn and tales to remember.
May you have good chapter, today and everyday.

As long as u think 'NOT NOW'
success becomes "NEVER"
But as soon as you think "WHY NOT KNOW"
Success surely becomes "YOURS FOREVER"

Whenever an unexpected joy passes through your heart
and suddenly you smile for no reason,
remember someone somewhere is 
wishing you to be happy always !!

Don't spoil what you have, by desiring what you dont have
Because what you have NOW,
one of the many things you once prayed for !! 
Think about it !!

Waves are inspiring not because they rise and fall but 
because each time they fall, they never fail to rise again
..." 
So Keep your spirits high and don't let them fall
.....

BicaraHati
thank you for heeding my life's journey


 
 Wallahua'llam
♥~♥♫ •*¨`*♫♥~♥

uJ!aN



بسم الله الرحمن الرحيم 

Hidup tanpa dugaan umpama gedung batu yg kaku,
kekal tidak berubah dan tidak menyerlah,
hdup penuh cabaran,
mengukir insan yang lebih berkarakter & lebih berjaya,
INSYAALLAH

pastikan kita sentiasa mengingatkan diri bahawa setiap perkara yang ditetapkan oleh- NYA  buat kita adalah kerana ujian itu sesuai dengan kemampuan kita...jangan biar keluh - kesah menjadi zikir kita namun hadirkanlh rasa syukur dan reda dengan ketetapan itu...ingatlah bahawa kelu kesah itu salah satu permainan syaitan...
bicarakanalah di dalam hati dengan
zikir,istighfar, takbir dan tahmid 
serta 
selawat

DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI AKAN MENJADI TENANG

wallahuallam

Kisah Rokok dan Epal


< Copy n paste >
 sekadar perkongsian
 
Seorang lelaki bercerita, "Ketika aku melaksanakan solat tahiyyatul masjid, aku mencium bau asap rokok yang menyengat dan mengusik khusyukku. Setelah mengucapkan salam, aku menoleh mencari sumber bau. Aku mendapati seorang lelaki Mesir dengan bibirnya yang hitam. "Aku akan menasihatinya nanti setelah solat," gumamku. Namun, seorang anak kecil berusia sekitar 9 tahun tiba-tiba menghampiri lelaki tersebut. Terjadilah dialog antara mereka berdua.

Si anak membuka bicara,

"Assalamu'alaikum pakcik. Pakcik dari Mesir?"

"Ya pakcik dari Mesir."

"Pakcik kenal Syeikh Abdul Hamid Kasyak?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Jadul Haqq?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Muhammad Al-Ghazali?"

"Ya, pakcik kenal."

"Pernah tak pakcik dengar kaset-kaset ceramah dan fatwa mereka?"

"Ya, pakcik pernah dengar."

"Bukankah mereka semua tu adalah para syeikh (alim ulama') yang mengatakan bahawa rokok tu haram, tapi kenapa pakcik membelinya?"

Dengan agak tergagap, lelaki itu menjawab, "Bagi pakcik, rokok tak haram!"

"Rokok hukumnya haram, pakcik. Bukankah Allah telah berfirman, 'Dan (Allah) mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.' Pakcik ada ke baca bismillah dan ucap alhamdulillah sebelum dan selepas merokok?" tegas anak kecil itu.

"Dalam Al-Quran takde ayat yang secara tegas menyatakan bahawa rokok tu haram," sangkal pakcik tu.

"Pakcik, rokok tu haram, sebagaimana buah epal juga haram," lanjut si kecil.

Lelaki Mesir itu pun mula naik pitam dan berkata, "Buah epal haram? Atas dasar apa kamu menghalalkan dan mengharamkan, wahai anak kecil?"

"Cuba pakcik beritahu ayat Al-Quran yang secara tegas menyatakan bahawa epal tu halal," pinta si kecil.

Lelaki itu bingung dan diam terpaku. Tidak sanggup lagi dia berbicara. Air matanya tumpah hinggalah ketika iqamat dikumandangkan. Selesai solat, lelaki itu menoleh ke arah anak kecil itu dan berkata, "Nak, pakcik bersumpah demi Allah, pakcik takkan morokok lagi buat selamanya." "

Alhamdulillah...

* Kisah di atas diolah dan dialihkan sedikit ke dalam bahasa melayu. "Athfal Lakin Du'at" karya Nashir Syafi'i...

Aku belajar

Aku belajar,
Bahawa aku tidak dapat memaksa orang lain mencintai aku,
Aku hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang aku cintai..

Aku belajar,
Bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya…

Aku belajar,
Bahawa sahabat terbaik bersama aku dapat melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu terbaik.

Aku belajar,
Bahawa orang yang aku kira adalah orang yang jahat,
Adalah orang yang membangkitkan semangat hidup aku kembali
Serta orang yang begitu perihatin pada aku.

Aku belajar,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.

Aku belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang aku inginkan,
Bukan bererti bahawa dia tidak mencintai aku…

Aku belajar,
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
Mereka pasti pernah melukai perasaan aku….
Dan untuk itu aku harus memaafkannya….

Aku belajar,
Bahawa aku harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain…
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus…

Aku belajar,
Bahawa kawan2 dapat mempengaruhi peribadi aku,
Tapi aku harus bertanggungjawab untuk apa yang aku telah lakukan…

Aku belajar,
Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza…

Aku belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang aku miliki,
Tapi yang penting adalah siapa aku ini sebenarnya..

Aku belajar,
Bahawa aku harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri aku..

Aku belajar,
Bahawa aku punya hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti aku harus benci dan berlaku bengis…

Aku belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan
dengan orang yang aku cintai..

Aku belajar,
bahawa orang – orang yang yang aku kasihi,
Sering diambil segera dari kehidupan aku…
Love does’nt make the world go round.
Love is what makes the ride worth while.
Buat diriku yang masih perlu belajar,
Semoga kita lebih mempelajari dan memahami hidup ini..

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP