Featured Posts


Lagu Buat Kamu

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Saat Kesunyian...hati ini berlagu sedih...merindui seorang demi seorang sahabat yang meninggalkan diri ini sendiri...namun ku tahu nilai ukhwah ini pasti sentiasa tersemat dihati...terima kasih sahabat...teruskan usahamu hanizah jangan terlalu bersedih dan ingat andai kalian tidak bertemu di dunia insyaALLAH di akhirat sana kita bersama...insyaALLAH...apa-apa pun...INGAT!!! lagi satu paper perlu kau tempuhi...ya satu paper lagi...JIHAD!!!

rehat sebentar bersama nyanyaian hati...
 
Devotees : Sahabat




Times up!
Go to sudy!!!
Wallahua'llam

Cebisan Kenangan


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Subhanallah..Alhamdulillah..Lailahaillallah..Allahuakbar...Lahaulawalaquwataillahbillah...Segala puji hanya bagiMu ya ALLAH tuhan sekalian alam...Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muahmmad SAW, keluarga serta sahabat baginda, tabi’ tabi’in sekalian...
Pejam celik...pejam celik...begitu pantas masa berlalu...benarlah firman ALLAH

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (AL ASR :1-3)

Terasa bagai baru semalam menjejak kaki ke universiti...menangis-nangis mengadu dengan  emak tidak mahu berjauhan...namun kaki ini tetap melangkah kerana perasaan ingin menambah ilmu...dan yang pasti memperteguhkan prinsipku bahawa “no successful without sacrifice”....ya inilah pengorbanan!

Kerana jarak inilah saya menjadi lebih mengenal siapa diri ini...kerana jarak inilah saya menjadi semakin tabah n tak “cengeng”, kerana jarak ini jugalah mengajar saya melihat ragam dunia dan kerana jarak inilah saya belajar erti lebih menghargai...
ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH....

Pelbagai suka duka, gelak tawa dilalui...air mata kerana merindui, air mata kerana penyesalan kerana menyakiti, dan kini air mata perpisahan...maafkanlah diri ini kerana saya tidak sempurna...kerana DIA YANG MAHA SEMPURNA...dan kita sebagai hamba perlu menjadi yang terbaik...

Selepas ini mungkin rindu ini akan bertamu...rindu untk makan bersama...rindu untuk berdebat pebagai perkara...rindu untuk pergi ke mana-mana bersama...namun ingatlah...kamu, kamu, kamu yang pernah hadir dalam hidup saya telah mengikat memori terindah dalam diari kehidupan saya...terima kasih kerana kaulah sahabat, kawan, teman dan kekasih hati...

Wahai sahabat dengarlah suara hati ini...
Semusim kita bersama...
Walau apapun rintangan...
Persahabatan menjadi pegangan,
Gelak tawa meniti hari,
Pahit dan duka sama dikongsi,
Manisnya ukhuwah yang telah bersemi
Meskipun kini kita akan terpisah,
Namun setiap cebisan kenangan terindah
Akan tetap berlegar di ruang minda
Setiap detik waktu bersama
Akan tetap tersemat menjadi sebuah memori
Yang akan dikenang sampai mati…

Sebelum berundur...maafkanlah diri ini yang sering khilaf...maafkan saya andai ada terlanjur bicara, terkasar bahasa, tingkah yang tidak sempurna...Semoga cinta antara kita tidak terkubur...semoga ukhwah yang terbina harum segar mewangai dihatimu, andai suatu masa diri ini tiada di dunia yang fana, doa tetap terus mengiringi...insyaALLAH... Semoga ilmu yang di peroleh sepanjang perjalanan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya...teringat kata- kata guru saya, Puan Maslina binti Adnan : kita pergi ke universiti bukan sekadar belajar ilmu dlam course yang kita ambil tu semata-mata tap kita akan lalui dan belajar ilmu tentang sebuah kehidupan....ya betul cikgu dan kini sya telah belajar ilmu itu dan akan terus belajar selagi berada di universiti kehidupan ini....
disinilah ia bermula

my lovely DPP


 Kenangan itu....


ukhwah fillah abadan abada

kembali ke tempat permulaan itu...



BicaraHati
dengan air mata aku bertinta....semoga kita terus belajar dan meneroka universiti kehidupan agar menjadi hamba yang bersyukur dan lebih menghargai...insyaALLAH...dengarlah sahabat, dengarlah teman...aku merindui kamu kerana ALLAH....


wallahua'llam...


Maaf


SESEKALI HATI LEMBUT ITU MUDAH TERASA DAN TERGURIS TANPA SENGAJA,
SESEKALI HATI YANG SABAR ITU TERUJI KESABARANNYA,
SESEKALI HATI ITU SAKIT TANPA DISEDARI,
SAKIT ITU AKAN MEMBAWA KEPADA PUTUSNYA SEBUAH HUBUNGAN,
DEMI MENJAGA HUBUNGAN,
HATI ITU RELA SENTIASA TERSENYUM WALAUPUN SEBALIKNYA,
KENAPA???
 KERANA HATI BELAJAR UTK MEMAAFKAN DAN MENERIMA APA SEADANYA,
MEMAAFKAN MEMANG ADAKALANYA MUDAH 
TETAPI MELUPAKAN AMAT SUkAR,
MEMAAFKAN AMAT INDAH, 
BILA KITA BENAR-BENAR IKHLAS UNTUK MENDAPAT REDHA ILAHI....

istimewa buat

kredit to my labuan friend : fiqratul najwa 

 

Aku Bersamamu



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Puji-pujian hanya layak buat Mu, Tuhan sekalian alam. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian. Alhamdulillah Ya Allah...atas keizinan untuk hamba ini bertinta lagi. Walau sibuk dengan imtihan namun hati meronta-ronta agar mencoretkan sesuatu disini untuk berkongsi sesuatu bersama sahabat pembaca. 


Kenapa ya tajuk kat atas tu agak kontroversi.hehehe...Saja ingin menyatakan rasa hati bahawa insyaALLAH saya akan sentiasa bersama dengan kamu...kamu...dan kamu...walau suka mahupun duka...(tu pun jika saya diperlukan...^_^). Entry kali ini istimewa buat seorang teman (tidak perlu ‘mention’ namanya) ^_^ dan sebagai panduan kepada kita dalam menghadapi liku kehidupan. Moga menjadi panduan dan kita sama-sama memperoleh manfaatnya…insyaALLAH (^_^)


Jom Muhasabah dan Perbaiki Diri!!!


Masalah Oh Masalah
Sebagaimana yang kita tahu setiap manusia yang dilahirkan didunia ini memang tak dapat lari dari dibelenggu atau menghadapi masalah. Perbezaannya cuma bagaimana cara bagi kita menghadapi masalah tersebut. Adakah dengan cara tenang dan rasionalnya kita cuba selesaikan masalah itu atau dengan cara melarikan diri dari masalah? Kali ini nak kongsikan tips atau langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang sentiasa dihadapi oleh orang ramai termasuklah diri saya sendiri.

Penyelesaian oh Penyelesaian
(sekadar cadangan dan perkongsian)

  • Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.
  • Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran kita. Cuba tarik nafas dan hembus perlahan-lahan andai rasa emosi tidak stabil.
  • Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durjana dan apa jua perasaan negatif. Kosongkan sepertimana kita mengosongkan poket baju, seluar kita.^_^
  • Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif dengan berfikir sesuatu yang positif serta menceriakan.
  • Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.
  • Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.
  • Hapus segala perasaan negatif  seperti takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri tapi bukannya tindakan dengan terlintasnya perasaan ingin membunuh diri. Ingat dengan membunuh diri tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
  • Kadang-kadang tanpa sedar kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga solat. Ingat firman ALLAH : "Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 2) dan "Orang yang beriman itu kuat kecintaannya kepada Allah..." (Al Baqarah:165)
  • Ingat,walau susah macam mana pun kita, ada lagi orang yang lebih susah. Kena banyak bersyukur sebab masih ada pilihan dan alternatif-alternatif lain untuk menyelesaikan masalah satu persatu.
  • Cuba tenangkan fikiran korang dengan fikirkan perkara yang dapat menenangkan fikiran. Contohnya, fikirkan keindahan alam flora fauna, keindahan bunyi ombak memukul pantai, langit yang membiru atau apa yang korang sukai.
  • Lastly, cari kawan yang boleh dipercayai untuk berkongsi segala masalah yang dihadapi. Cuba dapatkan nasihat atau pandangan cara untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi dari orang yang lebih berpengalaman seperti emak dan ayah atau mungkin pakar kaunseling.

BicaraHati
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman.

Sampai disini dulu kalam hati...semoga mendapat manfaat bersama...insyaALLAH...saya bukan pakar kaunseling namun pengalaman hidup serta memerhati persekitaran mengajar saya lebih matang dalam menghadapi kehidupan...
oK...sampai masa sambung study untuk imtihan 20hb, 25hb dan 28hb Jun 2012...tinggal 3 paper sebelum meneruskan perjuangan di medan Praktikal...Chaiyok!


p/s:Buat adik yang x di “mention” namanya: Bersabarlah dik...moga reda ALLAH bersamamu...


sAlam sayang buat semua...
Wallahua’llam...^_^

Wordless Wednesday


sALAM iMTIHAN

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah…syukur saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana masih memberi peluang kepada hamba yang hina ini untuk terus rukuk & sujud kepadaNYA.

Selawat & salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Peperiksaan akhir bagi sesi 2011/2012 telah  bermula pada 1hb Jun 2012 hingga 30hb Jun 2012 bagi pelajar UUM,. Masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran termasuk juga saya sendiri, 11hb bermulanya paper yang pertama seterusnya 12hb, 14hb, 20hb, 25hb dan 28hb... Doakan diri ini ye semua, semoga saya dapat menjawab dengan tenang dan dipermudahkan olehNYA..amiin..

Sekiranya blog ini lama tidak diupdate, faham-fahamlah ya…^_^

Kemaafan dari diri ini  andai tersalah tulis, tersilap bicara sepanjang  blog ini “bernyawa” juga sepanjang perkenalan...

Buat sahabat-sahabat yang sedang menduduki peperiksaan akhir juga buat para pembaca yang seangkatan dengannya RENUNGLAH kata-kata ini

Andai ada yang berjaya,
Maka sambutlah dengan iringan senyuman kepada Yang Maha Esa bersama-sama linangan air mata kesyukuran…
Dan andainya ada yang tergugur,
Jangan lupa kembali kepada Maha Pencipta,
Kerana disitulah bermula segalanya…
Bersujud dan bersyukurlah,
Kerana Allah s.w.t. pendamping kita,
Tiap saat dan ketika dalam medan perjuangan…

~ SaLaM iMTiHaN, BiTTaUFiQ WaNNaJaH~

“Ketikaku mohon diberikan kekuatan,
Allah berikanku kesulitan hingga aku kuat...”

“Ketikaku mohon kebijaksanaan,
Allah berikanku masalah untuk dipecahkan...”

“Ketikaku mohon kesejahteraan,
Allah berikanku akal untuk berfikir...”

“Ketikaku mohon keberanian,
Allah berikanku bahaya untuk ku atasi...”

“Ketikaku perlukan cinta,
Allah berikanku orang bermasalah untuk ku bantu...”

“Ketika aku tidak pernah menerima apa yang ku minta,
Allah berikan ku apa yang aku perlukan...”

-IMAM AL-GHAZALI-
Wallahuallam

BicaraHati :
Hanizah binti Samat
Ijazah Pengurusan Perniagaan (BBA (Hons))
Universiti Utara Malaysia

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP