Featured Posts


sALAM iMTIHAN

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah…syukur saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana masih memberi peluang kepada hamba yang hina ini untuk terus rukuk & sujud kepadaNYA.

Selawat & salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Peperiksaan akhir bagi sesi 2011/2012 telah  bermula pada 1hb Jun 2012 hingga 30hb Jun 2012 bagi pelajar UUM,. Masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran termasuk juga saya sendiri, 11hb bermulanya paper yang pertama seterusnya 12hb, 14hb, 20hb, 25hb dan 28hb... Doakan diri ini ye semua, semoga saya dapat menjawab dengan tenang dan dipermudahkan olehNYA..amiin..

Sekiranya blog ini lama tidak diupdate, faham-fahamlah ya…^_^

Kemaafan dari diri ini  andai tersalah tulis, tersilap bicara sepanjang  blog ini “bernyawa” juga sepanjang perkenalan...

Buat sahabat-sahabat yang sedang menduduki peperiksaan akhir juga buat para pembaca yang seangkatan dengannya RENUNGLAH kata-kata ini

Andai ada yang berjaya,
Maka sambutlah dengan iringan senyuman kepada Yang Maha Esa bersama-sama linangan air mata kesyukuran…
Dan andainya ada yang tergugur,
Jangan lupa kembali kepada Maha Pencipta,
Kerana disitulah bermula segalanya…
Bersujud dan bersyukurlah,
Kerana Allah s.w.t. pendamping kita,
Tiap saat dan ketika dalam medan perjuangan…

~ SaLaM iMTiHaN, BiTTaUFiQ WaNNaJaH~

“Ketikaku mohon diberikan kekuatan,
Allah berikanku kesulitan hingga aku kuat...”

“Ketikaku mohon kebijaksanaan,
Allah berikanku masalah untuk dipecahkan...”

“Ketikaku mohon kesejahteraan,
Allah berikanku akal untuk berfikir...”

“Ketikaku mohon keberanian,
Allah berikanku bahaya untuk ku atasi...”

“Ketikaku perlukan cinta,
Allah berikanku orang bermasalah untuk ku bantu...”

“Ketika aku tidak pernah menerima apa yang ku minta,
Allah berikan ku apa yang aku perlukan...”

-IMAM AL-GHAZALI-
Wallahuallam

BicaraHati :
Hanizah binti Samat
Ijazah Pengurusan Perniagaan (BBA (Hons))
Universiti Utara Malaysia

0 comments:

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP