Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang
Subhanallah..Alhamdulillah..Lailahaillallah..Allahuakbar...Lahaulawalaquwataillahbillah...Segala
puji hanya bagiMu ya ALLAH tuhan sekalian alam...Selawat dan salam buat
junjungan besar, Nabi Muahmmad SAW, keluarga serta sahabat baginda, tabi’
tabi’in sekalian...
Pejam celik...pejam celik...begitu
pantas masa berlalu...benarlah firman ALLAH
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka
pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (AL
ASR :1-3)
Terasa bagai baru semalam menjejak
kaki ke universiti...menangis-nangis mengadu dengan emak tidak mahu berjauhan...namun kaki ini
tetap melangkah kerana perasaan ingin menambah ilmu...dan yang pasti
memperteguhkan prinsipku bahawa “no successful without sacrifice”....ya inilah
pengorbanan!
Kerana jarak inilah saya menjadi
lebih mengenal siapa diri ini...kerana jarak inilah saya menjadi semakin tabah
n tak “cengeng”, kerana jarak ini jugalah mengajar saya melihat ragam dunia dan
kerana jarak inilah saya belajar erti lebih menghargai...
ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH....
Pelbagai suka duka, gelak tawa
dilalui...air mata kerana merindui, air mata kerana penyesalan kerana menyakiti,
dan kini air mata perpisahan...maafkanlah diri ini kerana saya tidak
sempurna...kerana DIA YANG MAHA SEMPURNA...dan kita sebagai hamba perlu menjadi
yang terbaik...
Selepas ini mungkin rindu ini akan bertamu...rindu
untk makan bersama...rindu untuk berdebat pebagai perkara...rindu untuk pergi
ke mana-mana bersama...namun ingatlah...kamu, kamu, kamu yang pernah hadir
dalam hidup saya telah mengikat memori terindah dalam diari kehidupan
saya...terima kasih kerana kaulah sahabat, kawan, teman dan kekasih hati...
Wahai sahabat dengarlah suara hati
ini...
Semusim
kita bersama...
Walau apapun rintangan...
Persahabatan menjadi pegangan,
Gelak tawa meniti hari,
Pahit dan duka sama dikongsi,
Manisnya ukhuwah yang telah bersemi
Meskipun kini kita akan terpisah,
Namun setiap cebisan kenangan terindah
Akan tetap berlegar di ruang minda
Setiap detik waktu bersama
Akan tetap tersemat menjadi sebuah memori
Yang akan dikenang sampai mati…
Walau apapun rintangan...
Persahabatan menjadi pegangan,
Gelak tawa meniti hari,
Pahit dan duka sama dikongsi,
Manisnya ukhuwah yang telah bersemi
Meskipun kini kita akan terpisah,
Namun setiap cebisan kenangan terindah
Akan tetap berlegar di ruang minda
Setiap detik waktu bersama
Akan tetap tersemat menjadi sebuah memori
Yang akan dikenang sampai mati…
Sebelum berundur...maafkanlah diri ini yang sering
khilaf...maafkan saya andai ada terlanjur bicara, terkasar bahasa, tingkah yang
tidak sempurna...Semoga cinta antara kita tidak terkubur...semoga ukhwah yang
terbina harum segar mewangai dihatimu, andai suatu masa diri ini tiada di dunia
yang fana, doa tetap terus mengiringi...insyaALLAH... Semoga ilmu yang di peroleh sepanjang perjalanan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya...teringat kata- kata guru saya, Puan Maslina binti Adnan : kita pergi ke universiti bukan sekadar belajar ilmu dlam course yang kita ambil tu semata-mata tap kita akan lalui dan belajar ilmu tentang sebuah kehidupan....ya betul cikgu dan kini sya telah belajar ilmu itu dan akan terus belajar selagi berada di universiti kehidupan ini....
disinilah ia bermula
my lovely DPP
Kenangan itu....
ukhwah fillah abadan abada
kembali ke tempat permulaan itu...
BicaraHati
dengan air mata aku bertinta....semoga kita terus belajar dan meneroka universiti kehidupan agar menjadi hamba yang bersyukur dan lebih menghargai...insyaALLAH...dengarlah sahabat, dengarlah teman...aku merindui kamu kerana ALLAH....
wallahua'llam...