Featured Posts


Aku Bersamamu



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Puji-pujian hanya layak buat Mu, Tuhan sekalian alam. Pemilik segala isi dunia dan akhirat. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian. Alhamdulillah Ya Allah...atas keizinan untuk hamba ini bertinta lagi. Walau sibuk dengan imtihan namun hati meronta-ronta agar mencoretkan sesuatu disini untuk berkongsi sesuatu bersama sahabat pembaca. 


Kenapa ya tajuk kat atas tu agak kontroversi.hehehe...Saja ingin menyatakan rasa hati bahawa insyaALLAH saya akan sentiasa bersama dengan kamu...kamu...dan kamu...walau suka mahupun duka...(tu pun jika saya diperlukan...^_^). Entry kali ini istimewa buat seorang teman (tidak perlu ‘mention’ namanya) ^_^ dan sebagai panduan kepada kita dalam menghadapi liku kehidupan. Moga menjadi panduan dan kita sama-sama memperoleh manfaatnya…insyaALLAH (^_^)


Jom Muhasabah dan Perbaiki Diri!!!


Masalah Oh Masalah
Sebagaimana yang kita tahu setiap manusia yang dilahirkan didunia ini memang tak dapat lari dari dibelenggu atau menghadapi masalah. Perbezaannya cuma bagaimana cara bagi kita menghadapi masalah tersebut. Adakah dengan cara tenang dan rasionalnya kita cuba selesaikan masalah itu atau dengan cara melarikan diri dari masalah? Kali ini nak kongsikan tips atau langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang sentiasa dihadapi oleh orang ramai termasuklah diri saya sendiri.

Penyelesaian oh Penyelesaian
(sekadar cadangan dan perkongsian)

  • Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.
  • Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran kita. Cuba tarik nafas dan hembus perlahan-lahan andai rasa emosi tidak stabil.
  • Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durjana dan apa jua perasaan negatif. Kosongkan sepertimana kita mengosongkan poket baju, seluar kita.^_^
  • Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif dengan berfikir sesuatu yang positif serta menceriakan.
  • Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.
  • Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.
  • Hapus segala perasaan negatif  seperti takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri tapi bukannya tindakan dengan terlintasnya perasaan ingin membunuh diri. Ingat dengan membunuh diri tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
  • Kadang-kadang tanpa sedar kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga solat. Ingat firman ALLAH : "Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 2) dan "Orang yang beriman itu kuat kecintaannya kepada Allah..." (Al Baqarah:165)
  • Ingat,walau susah macam mana pun kita, ada lagi orang yang lebih susah. Kena banyak bersyukur sebab masih ada pilihan dan alternatif-alternatif lain untuk menyelesaikan masalah satu persatu.
  • Cuba tenangkan fikiran korang dengan fikirkan perkara yang dapat menenangkan fikiran. Contohnya, fikirkan keindahan alam flora fauna, keindahan bunyi ombak memukul pantai, langit yang membiru atau apa yang korang sukai.
  • Lastly, cari kawan yang boleh dipercayai untuk berkongsi segala masalah yang dihadapi. Cuba dapatkan nasihat atau pandangan cara untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi dari orang yang lebih berpengalaman seperti emak dan ayah atau mungkin pakar kaunseling.

BicaraHati
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman.

Sampai disini dulu kalam hati...semoga mendapat manfaat bersama...insyaALLAH...saya bukan pakar kaunseling namun pengalaman hidup serta memerhati persekitaran mengajar saya lebih matang dalam menghadapi kehidupan...
oK...sampai masa sambung study untuk imtihan 20hb, 25hb dan 28hb Jun 2012...tinggal 3 paper sebelum meneruskan perjuangan di medan Praktikal...Chaiyok!


p/s:Buat adik yang x di “mention” namanya: Bersabarlah dik...moga reda ALLAH bersamamu...


sAlam sayang buat semua...
Wallahua’llam...^_^

0 comments:

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP