Featured Posts


Pesanan buat kekasih

assalamualaikum wbt...
salam sayang , salam kerinduan buat sahabat2 yg dikasihi...
..........✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿......✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿....
nak cerita pasal ape ye...mmm da nak cuti sekolahkan?mesti ramai yg adakan majlis bertunang, majlis kahwin...seronoknya dpat mkn free...hehehe
bila pula tiba giliran diri ini ye...hehehe(ni kalau mak tau anak dara dia gatal cam ni abis la...;)

sebut pasalkahwin ke tunang ke...perlu diingat pada diri ini dan semua...apa ciri-ciri seorang isteri dan suami solehah?kenapa solehah???sebab nak bina sebuah keluarga yang bahagia mestilah bermula dengan reda ibu bapa kita, seterusnya ciri-ciri yang boleh membimbing dan dibimbing...

"perkahwianan bukan berlandaskan hawa nafsu semata-mata, yang paling penting perkongsian dua buah kehidupan menjadi satu...andai tidak saling memberi dan menerima takut akan karam dalam kehidupan dunia..." ni yang pernah bonda tercinta cakap masa kak long n kak ngah nak kahwin

apa ciri-cirinya???disini saya ingin berkongsi sedikit ciri-ciri tersebut...


CIRI WANITA SOLEHAH DAN SUAMI SOLEH

Ciri-ciri Isteri Solehah :
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelar solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah Subhanahuwata’ala

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Berikut ini antara lain perincian dari dua syarat di atas:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya mahrom
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut(masam muka) di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik & kecantikannya serta rumah tangga


Ciri - Ciri Suami Soleh :

1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta meninggalkan larangan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan ajaran dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan perhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesehatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna sesuai kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merusak keutuhan rumah tangga mereka.

9. Sentiasa memberikan kasih sayang, dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahasia isterinya dan tidak diberitahukan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan perhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami yang bijak memahami perasaan dan hati isteri dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami yang menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

..........✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿......✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿....
mmm semoga diri ini dikurniakan pasangan yg soleh...
KEPADA SAHABAT YANG INGIN BERTUNANG OR BERKAHWIN...
SELAMAT BERTUNANG & SELAMAT PENGANTIN BARU
kalau sempat pasti diri ini hadir pada majlis kalian---insyaALLAH

..........✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿......✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿....
p/s
nak dapat pasangan soleh/solehah, bentuklah diri dari sekarang untuk menjadi seorang yang soleh /solehah dulu...pasti si dia yang diimpi datang tanpa kita sedari...insyaALLAH
..........✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿......✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿....


wallhuallam...✿¸.•❤•.❀.ƸӜƷ.❀.•❤•.¸✿...

2 comments:

  1. at said...

    aamiin.....

    just nk share sedikit info ........

    Md Said...>>>>>>>Dalam Bahasa Arab, ada
    empat perbezaan kata “AMIN” iaitu :

    1. ”AMIN” (alif dan mim sama-sama pendek), ertinya AMAN, TENTERAM

    2. "AAMIN” (alif panjang & mim pendek), ertinya MEMINTA PERLINDUNGAN KEAMANAN

    3. ”AMIIN” (alif pendek & mim panjang), ertinya JUJUR TERPERCAYA

    4. “AAMIIN” (alif & mim sama-sama panjang), ertinya YA TUHAN, KABULKANLAH DOA KAMI

    Aamiin/آمين, krn ia adalah isim fi'il(berkedudukan isim namun memiliki ma'na fi'il) yg bermakna istajib/استجب=kabulkanlah. kalau Amiin/أمين ertinya orang yg memiliki sifat menunaikan amanah, dapat dipercaya sbgmn Rasulullah wkt masih muda bergelar Al Amiin/الأمين. kalau Aamin/آمن adalah isim fa'il yg berasal dari kata Al Amn/الأمن yg ertinya aman. wallahu a'lam....dari Artikel Assunnah  

  2. szazaniza said...

    syukran jazilan...perkongsian yang bermakna...
    =) <3  

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP