Featured Posts


سنه حلوه



Semoga panjang umurku dalam kebaikan
Semoga murah rezekiku lagi diberkati
Semoga detik2 waktu yang mendatang
Adalah kebahagiaan yang tak hilang
Semoga dengan bertambah usiaku
Akan bertambah iman di dadaku

Semoga diriku menjadi permata hati jauhari
Bercahaya gemerlapan pada insan di sisi
Kekalkan senja dengan keindahan
Bukan menjadi hujan membawa ke malam
Semoga diriku menjadi seorang hamba mengabdi
Bersyukur berzikir basah di bibir
Redha dengan setiap ketentuan takdir
Dan semoga aku jadi diriku sendiri
Berakhlak dengan sunnah nabi

Ikhlas dari hatiku
Buat sahabat yang dikasihi
Terima kasih atas setiap kebaikan
Moga Allah memberi ganjaran
Syukurku pada Tuhan atas pertemuan
Moga ukhwah akan berkekalan
Maafkan diri ini yang serba kekurangan
Yang tak sunyi melakukan kesilapan

Jujur dari hati
Kepada keluarga yang dicintai
Terima kasih atas doa kalian
Terima kasih kerana menyayangi diri ini
Kasihmu ibu membawa ke syurga
Kasihmu abah kekal selamanya
Kasihmu saudaraku terpahat dihati
Semoga ukhwah sesama kita membawa ke syurga

Ikhlas dari hati
Buat dikau yang ku sayangi
Semoga kasih antara kita
Mendapat reda Allah n reda keluarga
Semoga kita kekal hingga ke syurga
Semoga jarak antara kita
Menjadikan kita lebih matang
Dalam menjalani kehidupan mendatang

Insyaallah


selamat hari lahir
HANIZAH BINTI SAMAT

0 comments:

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP