Featured Posts


Macam Mana Nak Kahwin Kalau...


Assalamualaikum....

Memang seronok bila bercerita tentang cinta dan perkahwinan. Cinta membuat kita lupa dan berkhayal dalam lamunan...hanyut di bawa angan-angan...Dengar cerita orang yang dah berkahwin kata:
'kahwin tu syok...."
"rugi tak kahwin awal..."
"da ada calon, tunggu apa lagi?..."

Namun saya sendiri sering kali bertanya....sudah bersediakah aku untuk meneruskan hidup di alam perkahwinan? Bersediakah aku untuk memikul tanggungjawab di alam perkahwinan? Dan persoalan penting, MACAM MANA NAK KAHWIN KALAU.....hehehe.....

Persoalan ini penting tau...ops persoalan tak habis lagi ye...saja nak bagi sahabat tertanya-tanya...Jom kita buat spot check diri kita sama-sama...

Macam mana nak kahwin kalau...

Dengan mak dan ayah  kita pun susah kita nak buat baik. Berbuat kebajikan dengan bertanya khabar pun jarang-jarang. Bahkan ingin mendoakan ibu bapa selepas solat pun sering kita abaikan...
"Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama 2 tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."

Surah Luqman, ayat 14

Ada sesetengah yang saya perhatikan...kalau dengan kawan, bukan main mesra lagi. Berkasih-kasihan, berukhwah dan berjanji setia. Namun bila dengan keluarga sendiri kaku. Susah nak mesra. Malah nak berbual pun jarang.Teringat pula kata-kata mak bila 'membahasakan' kami adik beradik masa 'berperang'...mak kata apa?

"Kalau dengan kawan-kawan, baiiiiikk bukan main. Kalau dengan adik beradik, bersepak terajang!"

Ada juga antara kita masa cuti tak reti 'melekat' di rumah. Ada saja yang ingin dilakukan dengan kawan-kawan...lepak la, jalan-jalan la....tapi bila dirumah pula, terperap dalam bilik. Nak lihat muka mak ayah pun susah...

“Tidak ada seorang pun yang memandang wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan penuh kasih sayang kecuali Allah menuliskan (pahala) untuknya oleh sebab pandangannya itu seperti (pahala) haji yang maqbul (diterima) lagi mabrur (berpahala).”
(hadis riwayat Ar Rafai'i dengan sanad yang dha'if)
Peringatan bagi yang lelaki, kalau sebelum kahwin pun susah untuk berbuat baik dengan mak ayah, bayangkanlah situasi anda bila sudah berkahwin. Nak layan isteri lain, nak layan anak lagi tambah pula masalah kerja, masalah kawan, kereta dan sebagainya....Bukan apa, klau perempuan sudah bekahwin keutamaan pertama adalah suami. TAPI bagi seorang lelaki, walau telah beristeri satu, dua, tiga atau empat sekalipun keutamaannya adalah MAK/IBU/MUMMY/MAMA....

Kekadang kita lupa, mampukah kita balas jasa mak ayah kita? Mampukah pula kita menjadi seperti mak ayah kita yang dah berjaya membesarkan kita sehingga menjadi diri kita sekarang ini? Kalau dengan mak, ayah, kakak, abang, adik pun kita dah letakkan di tempat kedua selepas 'kawan-kawan' kita, maka macam mana lepas kahwin nanti?

Macam mana aku nak kahwin, kalau amanah dan pesanan mak ayah kita pun tak termampu nak kita laksanakan.

Macam mana pula aku nak kahwin, kalau kehidupan harian pun tak terurus, bangun subuh dan tidur malam pun tunggang langgang.

Macam mana nak kahwin, kalau setakat kena uji dengan exam, atau sedikit kekecewaan, atau sedikit masalah pun, kita dah tak keruan, bagai dunia akan berakhir. Macam mana nak hadapi perkahwinan?

MAKA

Waktu muda ni jangan dipersiakan dengan perkara-perkara sampingan. Tumpukan perkara-perkara yang meningkatkan iman, ilmu dan kemahiran hidup kita.

Banyak tanggungjawab kita sebagai seorang pemuda Islam sebelum kita tambah tanggungjawab kita bergelar seorang suami atau isteri.

Sekian dulu coretan bicara hati kali  ini...wallahua'llam...
BicaraHati : MuhasabahDiriSendiri...dan paling penting jika da bersedia...tunggu apa lagi.......=D

0 comments:

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP