Featured Posts


Bila Hti Berbicara...(part 1)


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt...

Setelah kembali dari program Bila Hati Berbicara hati ini bagai tersedar tentang satu perkara...hati berbicara “AKU PERLU MUJAHADAH”...pengisian program disampaikan oleh ustazah yang amat saya kagumi setiap tulisannya yang amat dekat dengan hati...Ustazah Fatimah Syarha dan suami, Dr Farhan Hadi...MasyaALLAH amat indah melihat dua insan yang bercinta kerana ALLAH berada betul dihadapan saya...bagai ingin mengalir air mata...

Antara pengisian BILA HATI BERBICARA

Baitul muslim?

Kata Dr Farhan... Bila disebut sahaja perkataan baitulmuslim pasti terbayang dalam benak fikiran kita:
===>Mencari jodoh : ini hanya salah satu peranan, bukan tujuan utama

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." (HR Tarmidzi dan Ahmad)

Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai Allah, keperluan mencari isteri atau suami yang diredhai Allah, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan Allah, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat, juga bersama-sama redha Allah. Inilah Baitul Muslim, ke arah mardhatillah.

Baitul muslim  juga bukanlah hal mengetahui dan memilih bagaimana ciri-ciri pasangan hidup tetapi ia lebih kepada bagaimana pembentukan keluarga dan rumah tangga Islam. Antara yg terpenting sebelum membicarakan Baitul muslim, perlu dipastikan penghayatan dan pembentukan fardu muslim ( individu muslim ) diselesaikan dan dikuasai terlebih dahulu. Ini kerana marhalah tarbiyah adalah bermula dari individu muslim kepada baitul muslim, kepada mujtamak muslim  ( masyarakat muslim) , negara Islam dan seterusnya khilafah Islam.  Amatlah tidak layak apabila ada yang bercita-cita untuk berbaitul muslim tetapi mempunyai masalah dalam peribadi muslimnya kerana baitul muslim bukanlah semata-mata ‘ agensi mencari jodoh org-org baik’. 

Walimatulurus adalah permulaan kepada baitul muslim. Kita perlu membina isi rumah dengan pengamalan Islam. Isteri perlu dididik dan ditunaikan hak untuk diberi pelajaran. Bukankah ada kata-kata, kalau ilmu isteri melebihi ilmu suami, ini tidak bermakna suami boleh lepas tangan dari mendidiknya, tetapi ia wajib mencarikan guru atau membawa isterinya ke majlis-majlis ilmu. Ahli keluarga perlu dididik dan ditarbiyah. Dihidupkan suasana usrah. Bersama-sama bangun tahajud. Saling bertadarus al-quran. Kalau sebelum-sebelum ini, kita berusrah / berkeluarga dengan orang yang bukan ahli keluarga kita. Bukankah usrah bermaksud keluarga. Jadinya, perlulah lebih-lebih lagi dibuat usrah apabila sudah berkeluarga, kerana itulah usrah kita yg sebenar, keluarga kita yg sebenar. Fahami konsep baitul muslim dimana perancangan bukan hanya setakat untuk berwalimah tetapi sehingga kepada terbinanya keluarga muslim.

Bila Hati Berbicara?

Ustazah Fatimah Syarha ditanya tentang apa yang dikatakan dengan bila hati berbicara. ustazah cakap mintalah fatwa dari hati berdasarkan sebuah hadis yang telah diceritakan, seorang sahabat datang menemui Rasulullah SAW untuk bertanyakan mengenai kebaikan sesuatu perkara. Sahabat itu iaitu Wabishah bin Ma’bad R.A telah menceritakan:
Aku mendatangi Rasulullah, lalu baginda bertanya, “Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?”

Aku menjawab, “Benar.” Maka baginda bersabda, “Tanya fatwa dari hatimu. Kebaikan ialah perkara yang menenangkan jiwa dan hati kepadanya. Sedang dosa ialah perkara yang menggangu jiwa dan menyempitkan dada, kendati manusia telah memberikan fatwa kepadamu dan terus menfatwakannya kepadamu.” (hadith hasan, riwayat Ahmad dan ad-Darimi).

Ustazah juga menerangkan, masalah yang kecil masuk ke dalam jiwa yang kecil akan menjadi sempit, jika masalah yang kecil itu masuk ke dalam jiwa yang besar maka ia akan menjadi mudah. Analoginya, jika sesudu garam dimasukkan ke dalam sebotol minuman air itu pasti akan menjadimasin, berbanding sesudu garam yang di masukkan ke dalam sungai di mana ia tidak sedikit pun akan mengubah rasa air sungai tersebut.

Cuba kita renungkan, dalam setiap keperitan jiwa ketika berdepan masalah, kita tetap terus dengan keengganan dan kedegilan kita untuk menerima hakikat kehidupan dan bukan masalah itu sendiri. Adakala masalah yang sedang kita hadapi begitu kecil tetapi kesengsaraannya begitu besar lantaran jiwa kita yang tertutup untuk pasrah dengan keadaan. Berbeza bagi jiwa yang mampu menerima sehingga masalah yang ada didepannya menjadi peluang dan ladang amal untuk meraih redha Ilahi. ALLAH Maha Besar. Salurkanlah pada ALLAH setiap masalah yang kita hadapi kerana DIAlah yang memberi kita ujian tersebut. InsyaALLAH pasti kita akan mnedapat petunjukNYA. Walau apa pun tindakan kita dalam berdepan dengan setiap ujian adalah bergantung kepada niat. Kerana apa? Kerana Hati itu umpama raja. Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Hati orang Mukmin ialah hati yang sihat, cergas dan ceria. Manakala hati orang yang fasik(berdosa) adalah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang gelisah dalam hidup walaupun dari segi zahir kita melihat mereka ini dilimpahi oleh nikmat duniawi yang melimpah ruah.

Virus dosa: Ada 4 tahap yang boleh merosakkan hati manusia.

Rasa bersalah dengan dosa.
Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa menjadi tidak tenang kerana diri menentang fitrah. Fitrah semula jadi manusia adalah baik(sewaktu dialam roh serta mula-mula dilahirkan ke muka bumi). Jadi apabila fitrah ini dikotori, maka manusia seolah-olah menentang hati kecilnya sendiri.

Rasa biasa dengan dosa
Namun rasa berdosanya tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali yang kedua, ketiga dan seterusnya. Rasa bersalah itu akan hilang sikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak akan datang lagi. Ianya sirna dimamah oleh kebiasaan membuat dosa yang berulang-ulang. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan tetapi bila sudah sampai ke tahap ini, tiada lagi air mata. 'Alah bisa tegal biasa' kata orang cerdik pandai. Hati telah rela, suka dan terus rela untuk melakukan dosa.

Rasa seronok dengan dosa
Ingat, dosa merupakan racun yang disaluti oleh kemanisan dan keindahan. Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukan dosa. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran menghantui hati. Racun dosa sudah bertukar menjadi nikmat. Tidak lagi rasa bersalah. Akhirnya ia akan berkubu kukuh di dalam hati.

Jadi pembela kepada dosa
Nafsu tidak pernah puas dan kehendaknya tiada batas penghalang. Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur dan luntur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di "lebuh raya' nafsu dengan 'kenderaan' sifat-sifat mazmumah, hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk 'maju' setapak demi setapak. Yang lebih dahsyat dan tenat, dosa itu akan menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya.

Di tahap yang kronik ini, dosa akan dipromosikan dan dihiasi seluas-luasnya. Ia mengambarkannya sesuatu yang indah, seronok dan menguntungkan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat, pejuang dosa itu terus bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan khudrat yang ada.
 
Di tahap yang kronik ini, dosa akan dipromosikan dan dihiasi seluas-luasnya. Ia mengambarkannya sesuatu yang indah, seronok dan menguntungkan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat, pejuang dosa itu terus bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan khudrat yang ada.

Awas!.., hati yang sakit lama-kelamaan akan menjadi buta dan mati. Hati yang seperti ini sangat keras kerana mazmumah sudah semakin membarah menjadi syirik, munafik dan kafir. Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta dan lebih sesat lagi jalannya."
(Surah al Isra' : 72.)

Oleh itu kita perlu sentiasa mengingati dan memuhasabah diri dengan merenung kembali pesanan Imam Ghazali:

"Carilah hatimu di tiga tempat, temui hatimu ketika membaca Al-Quran, tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati, jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati

Rasanya cukuplah dulu perkongsian entri kali ini, tapi akan bersambung lagi sebab belum habis cerita, insyaALLAH ada kelapangan saya akan sambung part 2...masa mencemburui  dan perlu berkejar ke kelas...ingat kata-kata : Jika kamu tidak memotong masa, masa pula memotong kamu”. kerana apa?kerana masa ibarat mata pedang...

Bicara Hati : Ruang dan peluang masih lagi terbuka luas dihadapan yang diberi oleh Allah untuk kita semua muhasabah demi menjadi insan yang beriman dan bertaqwa.


Wallahua’llam...

0 comments:

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP