Featured Posts


Bila Hati Berbicara (part 2)



Denga Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum WBT...rasa teruja ingin menyambung semula kisah BILA HATI BERBICARA (PART 2)... bimbang andai ditangguh-tangguh kelak terus lupa...

Jom kita sambung bercerita...

Kebaikan & Keburukan Bercinta

Mmm bila soalan itu diutarakan minda saya ligat berputar...ada ke cinta sebelum nikah itu mendatangkan kebaikan??? Dr Farhan Hadi kata..............

Cinta itu adalah tiga istilah penting yang perlu difahami
·         Rasa cinta
·         Bercinta
·         Bercouple

Rasa cinta itu adalah fitrah bagi setiap makhluk bernyawa, tidak kiralah manusia mahupun haiwan. Tetapi bagaimana cara kita mengurus rasa cinta itu penting. Adakah kita ingin menuju jalan yang mendekatkan kita ke neraka atau ke jalan yang mendapat reda ALLAH dan keluarga? Tepuk dada tanya iman... Dalam satu hadis riwayat Hakim Khatib, Ibn Asakir, Dailami & lain-lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang asyik kepada sesuatu lalu cuba menjauhkannya atau melupakannya, lalu menyembunyikan di dalam hatinya, kemudian dia mati maka matinya adalah mati syahid”

Seterusnya bercinta. Bercinta juga tidak dan terpulang bagaimana kita memahami dan melaksanakan cinta itu. Ada orang mengambil tindakan dengan terus memburu cinta yang diinginkan dan ada juag yang mengambil tindakan dengan mensolehkan diri sendiri terlebih dahulu bagi mendapatkan si solehah yang diimpi. Tindakan kedua adalah tindakan yang terbaik. Ini kerana dengan mempersiapkan diri dengan ilmu, iman dan kemahiran barulah kita boleh membentuk sebuah keluarga yang bahagia seterusnya menjana umat yang sejahtera. Barulah Islam akan terus dijulang dan di pandang mulia di kaca mata dunia.

Akhir sekali bercouple, ini adalah dilarang dalam Islam. Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(Surah al-Isra’:32)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Jangan engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan. (Hadis Riwayat Tabrani).

Dari dalil tersebut jelas dapat kita lihat bahawa Islam melarang keras hubungan antara wanita dan lelaki untuk bercinta sebelum nikah kerana bercouple adalah salah satu jalan untuk menghampiri zina.

Dr Farhan Hadi juga menegaskan bahawa tiada kebaikan yang dapat dilihat dalam istilah bercinta sebelum nikah. Walaupun beliau sendiri pernah search dalam MR GOOGLE tentang kebaikan bercouple namun kebaikan seperti boleh meningkatkan prestasi belajar dan mempercepatkan proses matang seseorang boleh disangkal kerana tiada ayat Al-Quran dan hadis yang menyatakan bercouple itu boleh mendatangkan kebaikan. Dan banyak bukti secara realitinya yang menunjukkan kegagalan dalam mengurus rasa cinta di alam ‘couple’.

Pernikahan


Katakan pada mereka yang miang-miang keladi :
awas..jangan mengorat!
kalau nak..dapatkan secara terhormat..
kerana saya ada wali..
saya mawar berduri..^_^

Ustazah berpesan satu pesanan yang membuat dir sentiasa berfikir sehinggalah saat ini


Mujahadah itu pahit...namun natijahnya...masayaALLAH manis sekali.

Apabila kita menjaga dan mendidik rasa solehah dalam diri pasti kita akan mendapat nikmatnya setelah bertemu si soleh yang diimpi. Biarlah kita menahan rasa itu bermula dari sekarang kerana apa? Kerana rasa itu “meletup” apabila tiba masanya. Manisnya rasa itu tidak dapat diluah dengan kata-kata...bersediakah aku untuk membiarkan rasa itu meletup pada masanya? Ya ALLAH bantulah hambumu ini....



Bagaimana ingin menahan rasa itu?

Ibnu Masud megatakan bahawa apabila salah seorang diantara kamu merasa kagum dengan seorang wanita/lelaki, maka hendaklah ia mengingati kekurangan-kekurangan yang ada pada diri wanita/lelaki itu. Dengan demikian, perasaan cinta itu akan lemah.’

Selain itu, jauhkan diri dari orang yang dicintai dan sibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat. Jauhkan diri dengan tidak bertandang ke rumahnya, jangan mendengar suaranya, dan jangan pandang sesuatu yang boleh buat kita teringat kepadanya. Dengan menyibukkan diri kita tidak mempunyai masa senggang untuk mabuk asmara. Antaranya ialah mencari nafkah, melayani anggota keluarga, membaca ], menghadiri majlis ilmu dan sebagainya.

Cara lain yang pernah dicadangkan oleh seseorang kepada saya ialah dengan menahan rasa itu adalah dengan membayangkan bagaimana rasanya kehilangan oranh yang dicintai sama ada kematian, perpisahan atau sebab kebosanan. Dengan itu rasa tersebut akan terkikis dan mengurangkan rasa berlebihan mencintai dalam menjaga kehorn matan diri dan agama.

Dr. Abdullah Nasih Ulwan (Al-Islam wa Al-Hubb):
“Kadang-kadang manusia tersalah menganggap Cintanya kerana-Nya padahal percintaannya menyebabkan makhluk-Nya lebih diagungkan daripada pencipta makhluk-Nya itu sendiri. Allah SWT diketepikan. Mungkin matlamat dah betul dan jelas, tapi jalannya tidak sesuai dengan syariat. Itulah yang disedihkan. Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan.
Apabila solat telah masuk waktunya. Apabila jenazah untuk dikebumikan. Apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan akan mengundang fitnah.

Bila Hati Berbicara

Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya simpulkan adalah cinta kerana-Nya hanya akan hadir selepas kahwin. Sebelum kahwin, andai terbit rasa Cinta antara dua orang, mereka perlu segera dijodohkan. Bukan senang nak bermujahadah apabila hati sudah terpaut pada seseorang. Lagipun, cepat berkahwin akan mengurangkan maksiat hati yang dilakukan sepanjang percintaan. Maka, syariat tetap terpelihara. Barulah Cinta-Nya tidak sirna dari hatinya.

Dan apabila hati berbicara.................Adakah bicaranya tentang dosa, pahala atau sebaliknya. Hati yang kerap sedih adalah kerana hati itu selalu tidak bersama Allah. Masalah hati berpunca dari dalam hati kita. hati yang merindui Ilahi meronta-ronta untuk tenang dengan mengingati Allah. Masalah hati disebabkan kita tidak bersama Allah, itulah kuncinya. Maka marilah kita sama-sama kembali kepada Allah dengan hati yang penuh kecintaan kepadaNya.

BicaraHati : Layakkah aku untuk beriringan menuju ke jannah bersamamu wahai Mujahid Agama...

Wallahua’llam..

0 comments:

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP