Featured Posts


Kecantikan & Wanita

Apa itu cantik
"Sesungguhnya Allah SWT itu indah dan mencintai yang indah, murah hati dan menyukai kemurahan hati, menyukai akhlak yang luhur dan membenci akhlak yang rendah." (H.R. Al-Baihaqi)

Dan ingatlah hanya wanita yang cantik sahaja yang akan masuk syurga...mengapa begitu? Kerana Allah membenci keburukan dan Allah telah merubah wjah-wajah semua wanita di syurga menjadi sangat jelita.

Tapi apakah sebenarnya cantik itu? Seringkali kita salah menilai kecantikan dan menganggap bahawa kecantikan wanita hanya tertumpu pada keindahan fizikal atau secara lahiriah saja. Ada yang mendefinasikan bahawa kecantikan itu tubuh yang seksi, wajah yang mulus, kulit yang licin, bibir merah bak delima, pipi pauh bak di laying dan berbagai-bagai tafsiran cantik yang diberikan.

Adakah kecantikan lahiriah menjadi penilaian Allah SWT bagi hambanya? Jika ya jawapannya tentulah nabi Allah Yusuf AS menjadi nabi yang paling disayang Allah. Pada era dunia tanpa sempadan kini persepsi cantik sudah menjadi komoditi pengiklanan, lihat saja iklan di TV, bagaimana kulit putih dinilai sebagai lambang kecantikan, tubuh tinggi dan slim adalah lambang kebanggaan sehingga lahirlah paradigma vague atau cara pandang yang keliru tentang makna cantik.

Walaubagaimanapun, di dalam islam cantik itu terbahagi kepada dua iaitu kecantikan rohani dan kecantikan jasmani. Kecantikan rohani bagi seorang muslimah itu terletak pada hati. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda daripada Abu Hurairah yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada jisim dan rupa paras kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim).

Dalam hadis yang lain juga ada menyatakan Rasulullah SAW bersabda: "Ketahuilah, di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Bila ia baik maka baiklah seluruh tubuh. Dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah itu adalah hati. (HR Bukhari dan Muslim).

Hati menjadi penggerak kepada fungsi akal, emosi dan seluruh anggota badan setiap manusia. Melalui didikan yang sempurna, kita dapat melahirkan seorang yang berakhlak mulia

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya amal kebaikan itu akan memancarkan cahaya di dalam hati, membersihkan sinar pada wajah, kekuatan pada tubuh, kelimpahan dalam rezeki dan menumbuhkan rasa cinta di hati manusia kepadanya. Sesungguhnya amal kejahatan itu akan menggelapkan hati, menyuramkan wajah, melemahkan badan, mengurangkan rezeki dan menimbulkan rasa benci di hati manusia kepadanya.” (Tafsir Ibnu Katsir)

Kecantikan jasmani lahir apabila seorang muslimah itu mengamalkan akhlak yang mulia, menutup aurat, menjaga batas-batas pergaulan dan sentiasa bersyukur. Kecantikan rohani akan menggambarkan keindahan jasmani.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan sekalipun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan seorang wanita. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan diberikan keindahan-keindahan itu. Walau bagaimana dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Petua Kecantikan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan terus di lap hingga kering, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyakanlah pergerakan. Perbanyakan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci':
"Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- Doa ketiak melihat cermin.
4. Untuk bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mempopularkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

RENUNGI BAIT-BAIT SYAIR INI:

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga
Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak laki-laki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik
Kerana memiliki hati yang cantik
Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan laki-laki kerana jelek hatinya
Kerana kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tapi apa yang ada didalam dada
Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

0 comments:

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP