Featured Posts


Jika jatuh CINTA...


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Alhamdulillah...segala puji bagi ALLAH...selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.AW. serta para sahabat dan kaum keluarga baginda

Syukur ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnianya diri ini masih di beri peluang ruang untukterus menikmati keindahan dunia yang fana ini...

Kali ini saya nak berkongsi sesuatu yang agak ironi dengan kehidupan setiap insan...(macam tajuk kat atas tu la...=))

berbicara soal cinta...

saya bukanlah seorang yang arif tentangnya...bah kan belum tentu mampu untuk menjawab persoalan yang dilontar berkaitan dengannya tetapi bagi saya KEKUATAN DOA adalah amat penting...andai kata ditimpa musibah dan kesukaran dalam menghadapi cubaan dan dugaan yang ditetapkan-NYA untuk menguji kita sebagai hamba....SEBUAH KEKUATAN itu dapat diperolehi dari kekuatan DOA dan SOLAT...insyaALLAH...

“ Dan Tuhanmu berfirman,“ berdoalah kepada-Ku, niscaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku(berdo’a kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.” (Surah Gafir:60).

Perasaan kasih sayang dalam diri manusia itu adalah fitrah dan hanya kekuatan untuk menghadapinya yang dapat membezakan antara satu dengan yang lain, Tiada seorang pun yang boleh lari dari perasaan cinta khususnya remaja...itulah yang dinamakan fitrah insane...namun jangan kita lupa bahawa perassa itu mungkin akan bertukar kepada satu bentuk musibah andai kita gagal untuk mengawalnya...kenapa?kerana ia bersangkutan dengan nafsu berahi...

INGAT!!!

CINTA kita hanya kepada ALLAH dan KASIH kita kepada manusia

sekadar peringatan buat diriku yang sering lupa...

walau sekuat manapun rasa kasih kita kepada insan teristimewa,ingatlah bahawa jangan pernah meletakkan cinta kepada makhluk lebih tinggi daripada cinta kepada ALLAH kerana ia hanya akan mengundang Kemungkaran dan kehancuran dalam hidup di tambah PULA hilang keberkatan dalam hidup...

wallahua’llam...wasalam

2 comments:

  1. szazaniza said...

    "Cintai Tuhanmu dahulu dan akrablah bersamanya dengan jalan-jalan yang ada. Bila kau menjaganya, Dia akan menjaga kau nanti. Mudah-mudahan akan Dia titipkan seorang yang lebih bagus untuk menjaga kau suatu hari nanti."  

  2. aMiRa FaTiMaH.... said...

    Assalamualaikum,,,
    CINTA ape itu cinta???
    seronokkah CINTA???
    kerna CINTA manusia alpa...
    Sebab CINTA manusia kecewa....

    TAPI....hanya dgn CINTA

    kita jua kenal Bahagia...
    kenal apa itu kehidupan...
    bimbingLah Hati dalam menCINTAI
    semga diri tidak alpa lupa kecewa lagi....

    sekadar komentar diri yg xmngerti...  

Pena Sahabat

Others Blog

Blog Tutorial

Red Flower

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP